SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

  • Home
  • SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

KETUA PEGAWAI OPERASI

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera , Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau , Melaka 754 Tahun , Melaka Maju Fasa II, Berkat, Tepat, Cepat.

Sebagai salah sebuah Anak Syarikat yang menawarkan perkhidmatan di Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. (PMH) mempunyai kepelbagaian dalam aktiviti Perkhidmatan dan memegang portfolio yang terdiri daripada Unit-Unit Bisnes yang strategik.

PMH amat komited dalam mewujudkan sebuah entiti korporat yang berdaya maju dan berdaya saing serta perkongsian bijak dan membuka ruang kepada rakan-rakan kongsi yang berpotensi di dalam mahupun di luar negara.
PMH seboleh mungkin memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan dan ianya menjadi indikator utama pasukan Pengurusan kami.

PMH mempunyai pasukan Pengurusan yang professional dan senantiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan bagi membantu rakan-rakan kongsi strategik dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mengenalpasti peluang bisnes dan juga pelaksanaan sesuatu bisnes.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Melayari Portal Rasmi PMH di mana para pelawat akan dapat mengenali PMH dengan lebih dekat lagi. Adalah juga menjadi hasrat saya serta seluruh warga kerja PMH untuk memenuhi keperluan para pelanggan dan kami sedaya upaya menyediakan maklumat yang lebih tepat dan terkini khususnya berkaitan aktiviti-aktiviti utama yang ditawarkan PMH.

Pada masa yang sama kami juga berharap agar Portal Rasmi PMH ini akan menjadi patform terbaik kepada para pelanggan dan pelawat berkongsi pandangan dan idea untuk meningkatkan lagi keupayaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk kebaikan semua.

Akhir kata, salam hormat dari saya & Pengurusan PMH

 

SITI AINSHAH BINTI OSMAN (B.C.M., P.J.K.)
Ketua Pegawai Operasi (LS0008907)
Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd