INSURANS AM

INSURANS AM 2017-09-10T23:49:10+00:00

INSURANS AM MERUPAKAN POLISI INSURANS YANG MELINDUNGI DARIPADA SEBARANG KERUGIAN HARTA BENDA ATAU KEROSAKAN YANG DITANGGUNG.LAZIMNYA, TEMPOH PERLINDUNGAN UNTUK KEBANYAKAN POLISI DAN PELAN INSURANS AM ADALAH SETAHUN YANG MEMERLUKAN ADA MEMBAYAR PREMIUM SECARA SEKALI GUS.

POLISI KAMI

 

Semua Risiko Pembinaan

SIJIL SEMUA RISIKO PEMBINAAN MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF KEPADA KONTRAKTOR UNTUK MEMENUHI OBLIGASI MEREKA DI BAWAH SYARAT-SYARAT KONTRAK BAGI KERJA PROJEK YANG MELIBATKAN PEMBINAAN JENTERA, LOJI, STRUKTUR BESI DALAM APA JUA BENTUK YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA BAGI PROJEK YANG BERKAITAN DENGAN PEMBINAAN, PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN DI TAPAK PROJEK. SIJIL INI JUGA MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN SEMASA TEMPOH KERJA PEMBINAAN TERMASUK UJIAN/PENTAULIAHAN. SELAIN DARIPADA KEROSAKAN BAHAN/PERALATAN, SIJIL INI JUGA TURUT MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP LIABILITI PIHAK KETIGA YANG BAKAL MENJADI TANGGUNGAN PESERTA DI SISI UNDANG-UNDANG YANG TIMBUL DARIPADA PELAKSANAAN PROJEK TERSEBUT.

SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS, TERDAPAT DUA BAHAGIAN IAITU:

BAHAGIAN I – KEROSAKAN BAHAN / PERALATAN

MELINDUNGI APA JUA KERUGIAN ATAU KEROSAKAN FIZIKAL SECARA TIDAK DIJANGKA DAN TIBA-TIBA AKIBAT SEMUA SEBAB, SELAIN DARIPADA PERKARA YANG DIKECUALIKAN SECARA KHUSUS DI DALAM SIJIL.

BAHAGIAN II – LIABILITI PIHAK KETIGA

MELINDUNGI KONTRAKTOR DARIPADA SEMUA BAYARAN DI MANA DIA BERTANGGUNGJAWAB DARI SEGI UNDANG-UNDANG UNTUK MEMBAYAR GANTI RUGI AKIBAT DARIPADA:

KECEDERAAN ANGGOTA BADAN ATAU PENYAKIT YANG TIDAK DISENGAJAKAN YANG DIALAMI OLEH PIHAK KETIGA AKIBAT KEMALANGAN (SAMA ADA MEMBAWA MAUT ATAU TIDAK).

KERUGIAN ATAU KEROSAKAN HARTA BENDA YANG TIDAK DISENGAJAKAN MILIK PIHAK KETIGA AKIBAT KEMALANGAN DAN BERKAITAN TERUS DENGAN KERJA PEMBINAAN PERALATAN/BAHAN YANG DILINDUNGI DI BAWAH BAHAGIAN I DAN BERLAKU SECARA LANGSUNG DI KAWASAN TAPAK KERJA SEMASA TEMPOH PERLINDUNGAN.

DANDANG & KEBUK TEKANAN

SIJIL DANDANG DAN KEBUK TEKANAN MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN UNTUK SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN FIZIKAL SECARA TIDAK DIJANGKA DAN TIBA-TIBA AKIBAT LETUPAN KUAT DAN KEJATUHAN UNIT DANDANG DAN PERALATAN TEKANAN WAP DALAMAN ATAU TEKANAN CECAIR YANG LAIN. PERLINDUNGAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA, PENGECUALIAN DAN SYARAT SIJIL. SIJIL INI JUGA BOLEH DILANJUTKAN UNTUK MEMBAYAR GANTI RUGI BAGI KEROSAKAN HARTA BENDA DAN KECEDERAAN ANGGOTA BADAN PIHAK KETIGA YANG DITANGGUNG OLEH PESERTA DI SISI UNDANG-UNDANG.

KEROSAKAN MESIN JENTERA

SKIM INI MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN BAGI KEROSAKAN MESIN JENTERA SECARA TIBA-TIBA DAN TIDAK DIJANGKA SEMASA WAKTU KERJA ATAU WAKTU REHAT, DAN SEMASA PEMBERSIHAN, PEMERIKSAAN, PEMBAIKAN, PENGELUARAN ATAU PEMINDAHAN KE TEMPAT LAIN DI DALAM PREMIS. SEMUA LOJI DAN MESIN JENTERA MUDAH TERDEDAH KEPADA KEROSAKAN TANPA MENGIRA KUALITI ATAU KEPRIHATINAN PEMILIK. PENGGANTIAN MESIN JENTERA JUGA KINI SEMAKIN MAHAL DENGAN KENAIKAN KOS BAHAN, BURUH, PENGANGKUTAN, PEMBAIKAN, KETIDAKTENTUAN KADAR PERTUKARAN WANG ASING.

KEROSAKAN YANG TIDAK DIJANGKA DAN TIBA-TIBA TERMASUK:

  • KEROSAKAN BAHAN, REKA BENTUK, PEMBINAAN ATAU GETARAN.
  • KECACATAN DALAM ACUAN/TUANGAN DAN BAHAN
  • KEGAGALAN MESIN JENTERA BERSAMBUNG ATAU PERANTI PELINCIRAN YANG DEFEKTIF, KELONGGARAN ALATAN, TEKANAN YANG TIDAK NORMAL, PEMANASAN SENDIRI, DAYA EMPARAN TEKANAN ELEKTRIKAL LITAR PINTAS YANG BERLEBIHAN, PENGARKAAN ATAU LITAR TERBUKA, KECUAIAN DALAM PENEBATAN ATAU PERBUATAN NIAT JAHAT, KEKURANGAN KEMAHIRAN, IMPAK, PELANGGARAN DAN SEUMPAMANYA
  • RIBUT DAN LETUPAN FIZIKAL

SEMUA RISIKO KONTRAKTOR

SIJIL SEMUA RISIKO KONTRAKTOR MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN UNTUK KONTRAKTOR DAN PEMAJU UNTUK MEMENUHI KEWAJIPAN MEREKA DI BAWAH SYARAT KONTRAK BAGI KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA SEPERTI PEMBINAAN BANGUNAN, INFRASTRUKTUR DAN KERJA KEJURUTERAAN AWAM YANG LAIN. PERLINDUNGAN SIJIL UNTUK KERUGIAN ATAU KEROSAKAN ATAS KERJA-KERJA KONTRAK SEMASA TEMPOH PEMBINAAN BOLEH DILANJUTKAN KEPADA TEMPOH PENYELENGGARAAN DARI APA-APA SEBAB YANG TIDAK DIKECUALIKAN SECARA KHUSUS. SIJIL INI AKAN TERHENTI APABILA TAMATNYA PROJEK DAN PENYERAHAN KEPADA PRINSIPAL. SIJIL SEMUA RISIKO KONTRAKTOR BUKAN SIJIL TAHUNAN DAN OLEH ITU TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI. SIJIL INI MELINDUNGI GANTI RUGI LIABILITI PIHAK KETIGA YANG BAKAL MENJADI TANGGUNGAN PESERTA DI SISI UNDANG-UNDANG YANG TIMBUL DARIPADA PELAKSANAAN KONTRAK TERSEBUT.

PERALATAN ELEKTRONIK

SIJIL INI MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF UNTUK PERALATAN ELEKTRONIK DAN PERALATAN BERKAITAN DENGAN KOMPUTER TERMASUK MEDIA DATA LUARAN. PAMPASAN AKAN DIBAYAR ATAS SEBARANG KERUGIAN FIZIKAL, MELAINKAN KERUGIAN ITU DIKECUALIKAN. BARANGAN YANG ROSAK ATAU MUSNAH MESTILAH DISEBABKAN OLEH KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA DAN TIBA-TIBA, DI MANA BARANGAN ITU TIDAK LAGI DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK. PERLINDUNGAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA BAHAGIAN:

KEROSAKAN BAHAN/PERALATAN (BAHAGIAN 1)

MELINDUNGI SEMUA PEMASANGAN PERKAKASAN TERMASUK PERANTI PERSISIAN DAN AKSESORI.

MEDIA DATA LUARAN (BAHAGIAN 2)

MELINDUNGI KOS MEMBAIK PULIH BAGI SEBARANG KEHILANGAN MEDIA DATA SEPERTI CAKERA KERAS, PITA DAN MEDIA DATA LUARAN LAIN YANG DIGUNAKAN UNTUK PENYIMPANAN MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER.

PENINGKATAN KOS KERJA (BAHAGIAN 3)

MELINDUNGI GANTI RUGI BAGI PERBELANJAAN TAMBAHAN ATAU KENAIKAN KOS KERJA BERIKUTAN KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN KETARA DENGAN MEMBAYAR BALIK KOS PENYEWAAN PERALATAN SANDARAN.

LIABILITI MAJIKAN

SAMA SEPERTI SKIM PAMPASAN PEKERJA, LIABILITI MUNGKIN DIKENAKAN KEPADA ANDA SEBAGAI MAJIKAN SEKIRANYA PEKERJA ANDA MENGALAMI KECEDERAAN ANGGOTA BADAN ATAU PENYAKIT AKIBAT KEMALANGAN SEMASA BEKERJA. BAGI KATEGORI PEKERJA YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH AKTA PAMPASAN PEKERJA ATAU PERKESO, LIABILITI DISISI UNDANG-UNDANG MASIH LAGI WUJUD DAN ANDA BOLEH MENDAPATKAN GANTI RUGI DI BAWAH LIABILITI MAJIKAN.

 

PAMPASAN PEKERJA

SKIM INI MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KEPADA ANDA SEBAGAI MAJIKAN BERKENAAN LIABILITI BERKANUN DI MANA ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBAYAR PAMPASAN KEPADA MANA-MANA PEKERJA BAGI KECEDERAAN ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN ATAU PENYAKIT AKIBAT PEKERJAAN ATAU SEMASA MENJALANKAN PEKERJAAANNYA DI BAWAH UNDANG-UNDANG PAMPASAN PEKERJA DAN UNDANG-UNDANG BIASA UNTUK PEKERJA YANG TIDAK DILINDUNGI OLEH SOCSO.

 

LIABILITI AWAM

SIJIL IN DIREKA UNTUK MELINDUNGI ANDA SEBAGAI PEMILIK PERNIAGAAN DARIPADA LIABILITI UNDANG-UNDANG UNTUK MEMBAYAR PAMPASAN BAGI KECEDERAAN ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN ATAU KEROSAKAN YANG TIDAK SENGAJA KEPADA HARTA BENDA AWAM YANG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN ANDA ATAU KECUAIAN PEKERJA-PEKERJA ANDA. LIABILITI YANG DINYATAKAN JUGA TERMASUK CAJ DAN PERBELANJAAN UNDANG-UNDANG. SEMUA SYARIKAT DAN PERUSAHAAN PERNIAGAAN PERLU MENDAPATKAN PERLINDUNGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH SKIM INI, DAN IA ADALAH PENTING UNTUK PEMOHON MEMILIH HAD YANG MENCUKUPI MEMANDANGKAN ANGGARAN TUNTUTAN BESAR YANG MUNGKIN TIMBUL.

KARGO MARIN

KARGO MARIN MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KEPADA ANDA UNTUK KERUGIAN ATAU KEROSAKAN KEPADA BARANGAN YANG DIHANTAR MELALUI SEMUA JENIS PENGANGKUTAN (LAUT, UDARA, JALAN RAYA DAN KERETA API) DARI GUDANG ASAL KE GUDANG DESTINASI, TERMASUK PENYIMPANAN SAMPINGAN.

PERLINDUNGAN PERJALANAN

PELAN KEMALANGAN DIRI PERJALANAN TAHUNAN YANG BARU DENGAN MANFAAT-MANFAAT TAMBAHAN YANG MENARIK UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PELANCONG YANG BERKEMBANG PADA MASA KINI.

MANFAAT-MANFAAT UTAMA TERMASUK:

  • PERLINDUNGAN TAHUNAN – JUMLAH PERJALANAN YANG TIDAK TERHAD
  • MELINDUNGI PERJALANAN ATAS URUSAN RASMI ATAU PERCUTIAN
  • HAD UMUR MAKSIMUM
  • TALIAN BANTUAN KECEMASAN 24-JAM
  • TIADA LEBIHAN AKAN DIKENAKAN KE ATAS TUNTUTAN
  • MANFAAT KEMALANGAN DIRI YANG TINGGI
  • MANFAAT PERUBATAN DAN MANFAAT LAIN YANG BERKAITAN YANG TINGGI
  • TIADA HAD BAGI MANFAAT PEMINDAHAN KECEMASAN DAN PENGHANTARAN PULANG
  • PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI GANGGUAN PERJALANAN DAN MANFAAT PERJALANAN LAIN YANG BERKAITAN
  • DAN BANYAK LAGI.

SEMUA RISIKO

PERLINDUNGAN SEMUA RISIKO ADALAH UNTUK MESIN YANG BUKAN MUDAH ALIH, MELINDUNGI PERALATAN DARIPADA RISIKO KEBAKARAN, KECURIAN DAN/ATAU KEMALANGAN ATAU MUSIBAH YANG LAIN MELAINKAN DIKECUALIKAN SECARA KHUSUS DI DALAM SIJIL DI MANA MESIN ATAU PERALATAN TERSEBUT DISIMPAN DAN/ATAU DIGUNAKAN DI DALAM KAWASAN LOKASI BERISIKO YANG DINYATAKAN.

DISEBABKAN OLEH LIPUTAN PERLINDUNGAN YANG LUAS DAN UMUM, IANYA ADALAH PENTING UNTUK MENYATAKAN DENGAN JELAS PERKARA-PERKARA YANG DILINDUNGI UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KEMUNGKINAN TUNTUTAN PALSU.

KECURIAN/PECAH MASUK

SKIM INI MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN TERHADAP KERUGIAN ATAU KEROSAKAN HARTA BENDA AKIBAT KECURIAN SEMASA BERADA DI DALAM PREMIS PERNIAGAAN ATAU PERDAGANGAN. SKIM INI JUGA MELINDUNGI KEROSAKAN KEPADA PREMIS ANDA AKIBAT KEMASUKAN ATAU KELUAR SECARA PAKSA YANG BERLAKU SEMASA KECURIAN. WALAU BAGAIMANAPUN, ANDA SEBAGAI PEMILIK PERNIAGAAN SEHARUSNYA TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PELAN TAKAFUL KEBAKARAN KAMI SEBELUM MEMOHON PELAN INI.

JAMINAN KESETIAAN(FIDELITY GUARENTEE)

DALAM TRANSAKSI PERNIAGAAN BIASA, ANDA SEBAGAI MAJIKAN PERLU MENGAMANAHKAN WANG, SEKURITI, BARANG-BARANG DAN LAIN-LAIN ATAU MEWAKILKAN TANGUNGJAWAB KEWANGAN KEPADA PEKERJA. SEKIRANYA PEKERJA ITU MELARIKAN WANG SYARIKAT, ANDA TENTU MENGALAMI KERUGIAN KEWANGAN. SKIM INI ADALAH YANG PALING SESUAI UNTUK MELINDUNGI ANDA DARI KEMUNGKINAN KERUGIAN KEWANGAN.

KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK

SKIM KEMALANGAN DIRI INI MELINDUNGI SEKELOMPOK INDIVIDU DARIPADA KECEDERAAN ANGGOTA BADAN YANG DIALAMI AKIBAT DARIPADA PERLAKUAN CARA YANG GANAS, TIDAK SENGAJA, LUARAN DAN NYATA. JIKA KECEDERAAN MENGAKIBATKAN KEMATIAN ATAU KEILATAN MAKA KAMI AKAN MEMBERI PAMPASAN MENGIKUT JADUAL MANFAAT SEPERTI YANG DINYATAKAN DI DALAM SIJIL. SKIM INI SESUAI UNTUK PERNIAGAAN/ORGANISASI SOSIAL DAN JUGA PELAJAR KOLEJ.

WANG

PELAN INI SESUAI UNTUK PERNIAGAAN YANG MELIBATKAN TRANSAKSI TUNAI HARIAN DI MANA PERLINDUNGAN INI MERANGKUMI WANG YANG HILANG DI DALAM PERJALANAN ATAU YANG DISIMPAN DI PREMIS. TAKAFUL MALAYSIA JUGA AKAN MENANGGUNG KERUGIAN ANDA SEKIRANYA BERLAKU KERUGIAN/KEROSAKAN WANG AKIBAT PERIL KECURIAN.

WANG DI SINI BERMAKSUD WANG TUNAI, NOTA BANK, CEK, KIRIMAN WANG, WANG POS, BIL PERTUKARAN DAN SETEM YANG TIDAK DIGUNAKAN.

 

PLAT KACA

POLISI INI KINI SEMAKIN POPULAR BERIKUTAN PEMBINAAN BANGUNAN DAN PREMIS YANG SEBAHAGIAN BESARNYA DIMUATKAN DENGAN PANEL KACA. IA MELIPUTI PECAHNYA KACA TETAP DI PREMIS KOMERSIAL DAN INDUSTRI, BANGUNAN AWAM, KOMPLEKS PERNIAGAAN DAN LAIN-LAIN.

SYARIKAT AKAN MEMBAYAR PAMPASAN KEPADA PESERTA UNTUK KACA YANG DILINDUNGI DARIPADA KEPECAHAN TERTAKLUK KEPADA HAD YANG DINYATAKAN DI DALAM JADUAL SIJIL TAKAFUL.