KEMALANGAN DIRI DAN PELBAGAI

KEMALANGAN DIRI DAN PELBAGAI 2017-08-29T16:18:21+00:00

PERLINDUNGAN PERJALANAN

Pelan Kemalangan Diri Perjalanan Tahunan yang baru dengan manfaat-manfaat tambahan yang menarik untuk memenuhi keperluan pelancong yang berkembang pada masa kini.

Manfaat-manfaat utama termasuk:

  • Perlindungan tahunan – jumlah perjalanan yang tidak terhad
  • Melindungi perjalanan atas urusan rasmi atau percutian
  • Had umur maksimum
  • Talian bantuan kecemasan 24-jam
  • Tiada lebihan akan dikenakan ke atas tuntutan
  • Manfaat Kemalangan Diri yang tinggi
  • Manfaat perubatan dan manfaat lain yang berkaitan yang tinggi
  • Tiada had bagi manfaat pemindahan kecemasan dan penghantaran pulang
  • Perlindungan tambahan bagi gangguan perjalanan dan manfaat perjalanan lain yang berkaitan
  • Dan banyak lagi.

SEMUA RISIKO

Perlindungan Semua Risiko adalah untuk mesin yang bukan mudah alih, melindungi peralatan daripada risiko kebakaran, kecurian dan/atau kemalangan atau musibah yang lain melainkan dikecualikan secara khusus di dalam sijil di mana mesin atau peralatan tersebut disimpan dan/atau digunakan di dalam kawasan lokasi berisiko yang dinyatakan.

Disebabkan oleh liputan perlindungan yang luas dan umum, ianya adalah penting untuk menyatakan dengan jelas perkara-perkara yang dilindungi untuk mengelakkan risiko kemungkinan tuntutan palsu.

KECURIAN ATAU PECAH MASUK

Skim ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta benda akibat kecurian semasa berada di dalam premis perniagaan atau perdagangan. Skim ini juga melindungi kerosakan kepada premis anda akibat kemasukan atau keluar secara paksa yang berlaku semasa kecurian. Walau bagaimanapun, anda sebagai pemilik perniagaan seharusnya telah mengambil bahagian dalam Pelan Takaful Kebakaran kami sebelum memohon pelan ini.

JAMINAN KESETIAAN (FIDELITY GUARANTEE)

Dalam transaksi perniagaan biasa, anda sebagai majikan perlu mengamanahkan wang, sekuriti, barang-barang dan lain-lain atau mewakilkan tangungjawab kewangan kepada pekerja. Sekiranya pekerja itu melarikan wang syarikat, anda tentu mengalami kerugian kewangan. Skim ini adalah yang paling sesuai untuk melindungi anda dari kemungkinan kerugian kewangan.

KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK

Skim Kemalangan Diri ini melindungi sekelompok individu daripada kecederaan anggota badan yang dialami akibat daripada perlakuan cara yang ganas, tidak sengaja, luaran dan nyata. Jika kecederaan mengakibatkan kematian atau keilatan maka kami akan memberi pampasan mengikut Jadual Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam sijil. Skim ini sesuai untuk perniagaan/organisasi sosial dan juga pelajar kolej.

WANG

Pelan ini sesuai untuk perniagaan yang melibatkan transaksi tunai harian di mana perlindungan ini merangkumi wang yang hilang di dalam perjalanan atau yang disimpan di premis. Takaful Malaysia juga akan menanggung kerugian anda sekiranya berlaku kerugian/kerosakan wang akibat peril kecurian.

Wang di sini bermaksud wang tunai, nota bank, cek, kiriman wang, wang pos, Bil Pertukaran dan setem yang tidak digunakan.

PLAT KACA

  • Polisi ini kini semakin popular berikutan pembinaan bangunan dan premis yang sebahagian besarnya dimuatkan dengan panel kaca. Ia meliputi pecahnya kaca tetap di premis komersial dan industri, bangunan awam, kompleks perniagaan dan lain-lain.
  • Syarikat akan membayar pampasan kepada Peserta untuk kaca yang dilindungi daripada kepecahan tertakluk kepada had yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Takaful