LIABILITI

LIABILITI 2017-08-29T22:14:23+00:00

LIABILITI MAJIKAN

Sama seperti skim Pampasan Pekerja, liabiliti mungkin dikenakan kepada anda sebagai majikan sekiranya pekerja anda mengalami kecederaan anggota badan atau penyakit akibat kemalangan semasa bekerja. Bagi kategori pekerja yang tidak dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja atau PERKESO, liabiliti disisi undang-undang masih lagi wujud dan anda boleh mendapatkan ganti rugi di bawah Liabiliti Majikan.

PAMPASAN PEKERJA

Skim ini menyediakan perlindungan kepada anda sebagai majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO.

LIABILITI AWAM

Sijil in direka untuk melindungi anda sebagai pemilik perniagaan daripada liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada harta benda awam yang disebabkan oleh kecuaian anda atau kecuaian pekerja-pekerja anda. Liabiliti yang dinyatakan juga termasuk caj dan perbelanjaan undang-undang. Semua syarikat dan perusahaan perniagaan perlu mendapatkan perlindungan yang disediakan di bawah Skim ini, dan ia adalah penting untuk pemohon memilih had yang mencukupi memandangkan anggaran tuntutan besar yang mungkin timbul.