TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGERUSI DAN LEMBAGA PENGARAH
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS SDN BHD (PMH)
PENGENALAN
Tujuan Piagam di buat adalah untuk menggariskan Tugas Dan Tanggungjawab Pengerusi dan Lembaga Pengarah PMH secara
sewajarnya.
PUNCA KUASA/ AKTA
Pengerusi dan Lembaga Pengarah Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd
tertakluk kepada :-
- Akta Syarikat 1965,(Pindaan Akta Syarikat 2016)
- Memorandum & Articles of Association
- Sebahagian Daripada Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (2017)
- Kod Etika Pengarah Syarikat/ Setiausaha Syarikat
KEAHLIAN LEMBAGA PENGARAH
- Lantikan Keahlian Lembaga Pengarah Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd di tentukan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
- Menurut Artikel 62 Memorandum & Articles Of Association PMH minimum keahlian Lembaga Pengarah adalah dua (2) dan maksimum keahlian
adalah tujuh (7) orang. - Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat diadakan pada kekerapan empat (4) kali dalam tempoh satu tahun.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
- Memimpin Lembaga Pengarah agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan
- Menetapkan agenda Lembaga Pengarah dan memastikan Lembaga Pengarah menerima maklumat yang lengkap dan tepat pada masa yang
sewajarnya - Mengetuai Mesyuarat dan perbincangan Lembaga Pengarah
- Menggalakkan penyertaan aktif dan membenarkan pendapat bertentangan disuarakan dengan bebas
- Mengurus hubung kait antara Lembaga Pengarah dan Pengurusan
- Memastikan langkah – langkah wajar diambil untuk membolehkan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dan pandangan
mereka dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah secara menyeluruh - Mengetuai Lembaga Pengarah dalam menguna pakai dan membantu amalan tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH
- Lembaga Pengarah secara objektif menyempurnakan tugas dan tanggungjawab fidusiarinya pada setiap masa demi kepentingan syarikat.
- Lembaga Pengarah dikehendaki mengikuti perkembangan terkini mengenai tanggungjawab sebagai Pengarah serta urusan, aktiviti
perniagaan dan perkembangan syarikat - Lembaga Pengarah bersama Pengurusan Tertinggi Syarikat menggalakkan tadbir urus korporat yang baik yang menegaskan tingkah laku beretika,
berhemat dan professional - Lembaga Pengarah hendaklah menyemak, mencabar dan membuat keputusan terhadap saranan dari Pihak Pengurusan dan memantau
perlaksanaannya - Lembaga Pengarah memastikan pelan strategik syarikat menyokong pembentukan nilai jangka panjang yang merangkumi strategi mengenai
ekonomi, alam sekitar dan pertimbangan sosial yang mendokong kemampanan syarikat - Lembaga Pengarah hendaklah menyelia dan mentaksir prestasi Pengurusan untuk menentukan samada perniagaan diuruskan dengan
baik - Lembaga Pengarah memastikan terdapat rangka kerja kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang mantap
- Lembaga Pengarah perlu memahami risiko – risiko utama yang dihadapi oleh syarikat dan menyedari bahawa sebarang keputusan perniagaan
melibatkan pengambilan risiko yang wajar - Lembaga Pengarah perlu menetapkan segala risiko dalam mana Lembaga Pengarah menjangka pihak Pengurusan untuk beroperasi dan
memastikan terdapat rangka kerja pengurusan risiko yang wajar untuk mengenal pasti, menganalisa, menaksir,mengurus dan memantau risiko
kewangan dan bukan kewangan yang signifikan - Lembaga Pengarah perlu memastikan pihak Pengurusan Tertinggi Syarikat memiliki kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dan terdapat
pengurusan penggantian yang teratur untuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan - Lembaga Pengarah memastikan syarikat mempunyai prosidur yang membolehkan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan
- Lembaga Pengarah perlu memastikan integriti pelaporan kewangan dan bukan kewangan syarikat
- Lembaga Pengarah bertanggungjawab memberi ulasan dan meluluskan polisi strategik syarikat termasuk objektif, strategi, rancangan perniagaan
dan operasi polisi yang berkaitan dengan PMH. - Lembaga Pengarah bertanggungjawab mengawal selia perlaksanaan
pelan strategik PMH dari masa ke semasa
KOD ETIKA PENGARAH
- Lembaga Pengarah dikehendaki mematuhi Kod Etika Pengarah dan Piagam Lemnbaga Pengarah sepanjang masa dilantik sebagai Lembaga
Pengarah - Lembaga Pengarah sentiasa mengamati standard Tadbir Urus Korporat
yang tinggi sepanjang masa - Lembaga Pengarah sentiasa mematuhi prinsip integriti, objektif, akauntabiliti, keterbukaan, kejujuran dan kepimpinan
- Lembaga Pengarah sentiasa bertindak dengan niat yang baik demi kepentingan syarikat
- Lembaga Pengarah tidak menyalahgunakan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan tugas untuk keuntungan peribadi atau tujuan politik
atau berusaha menggunakan peluang perkhidmatan sebagai Pengarah untuk mempromosikan kepentingan peribadi mereka atau orang – orang
yang berkaitan, firma, perniagaan atau organisasi lain. - Lembaga Pengarah mendokong akauntabilliti sepanjang masa. Ini termasuklah memastikan sumber syarikat dilindungi dengan sebaiknya dan
syarikat melaksanakan operasinya secara ekonomi, cekap dan berkesan sepanjang masa. - Lembaga Pengarah perlu mengisyhtiharkan kepentingan peribadi, professional atau perniagaan yang mungkin bertentangan dengan
tanggungjawab Pengarah.
GARIS PANDUAN PENERIMAAN HADIAH
- Kelakuan individu tidak boleh mendatangkan kecurigaan berkenaan apa– apa konflik antara kedudukan mereka sebagai Lembaga Pengarah dan
apa – apa kepentingan peribadi. - Lembaga Pengarah yang bertindak demikian tidak boleh memberi tanggapan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh manfaat untuk
menyebelahi atau tidak menyebelahi mana – mana orang atau organisasi yang mempunyai urusan dengan syarikat - Lembaga Pengarah tidak boleh menerima apa – apa manfaat sebagai dorongan atau ganjaran untuk mengambil apa – apa tindakan dalam
kapasiti mereka sebagai Lembaga Pengarah - Hadiah selain daripada nilai token secara amnya hendaklah ditolak
INTEGRITI PELAPORAN
- Lembaga Pengarah perlu membentangkan penilaian yang adil dan seimbang mengenai kedudukan kewangan, prestasi dengan memastikan
bahawa kewangan dan akaun mematuhi undang – undang, peraturan dan piawaian pelaporan yang berkenaan - Lembaga Pengarah memastikan keberkesanan Pengurusan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman untuk menguruskan risiko kewangan, kesihatan,
keselamatan dan persekitaran dan pengurusan sistem maklumat.
KAJIAN PIAGAM LEMBAGA PENGARAH
Piagam Lembaga Pengarah akan dikaji secara berkala