Cara claim insuran kereta sekiranya dilanda banjir

Cara claim insuran kereta sekiranya dilanda banjir

Apa perlu buat sekiranya dilanda banjir?

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Pahang dan kita dapat lihat banyak kenderaan sama ada motor, kereta, mahupun lori mengalami kerosakan akibat arus kuat banjir tersebut.

Cara-claim-insuran-kereta-sekiranya-dilanda-banjir-1

Di media sosial pula, ramai pemilik kenderaan yang memuat naik status menunjukkan kos pembaikian kereta mereka yang mencecah puluhan ribu ringgit akibat bencana banjir.

Namun tahukah anda bahawa anda tidak dapat menuntut bayaran tersebut daripada syarikat insuran anda sekiranya anda tidak melanggan Insuran Bencana Alam.

Apa itu Insuran Bencana Alam? 

Ramai yang masih lagi tidak mencarum atau tidak melanggan Insuran Bencana Alam dan ada juga yang tidak mengetahui mengenai Insuran Bencana Alam.

Insuran Bencana Alam ataupun Special Perils Coverage merupakan satu pakej insuran yang melindungi kenderaan anda daripada bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, rebut ataupun apa jua jenis bencana alam yang ada di Malaysia.

Cara-claim-insuran-kereta-sekiranya-dilanda-banjir-2

Berbeza dengan insuran yang biasa kita langgan, pakej insuran tersebut hanya melindungi anda dari kemalangan atau kecurian.

Sekiranya anda memperbaharui insuran kenderaan anda namun tidak mengambil Special Perils Coverage anda sama sekali tidak layak untuk melakukan tuntutan.

Antara syarikat yang menawarkan Insuran Bencana Alam adalah seperti Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, RHB Insurance, Axa Affin dan AM bay Ambank.

Adakah mahal kadar bayaran untuk Insuran Bencana Alam ini?

Kadar bayaran untuk setiap syarikat insuran adalah berbeza. Contohnya syarikat Zurich mengenakan tambahan bayaran sebanyak 0.20% sahaja daripada nilai semasa kenderaan anda.

Boleh dikatakan ianya tidaklah begitu tinggi dan jikalau anda melakukan sedikit kaji selidik, kadar bayaran tambahan adalah diantara 0.23% hingga 0.40% sahaja.

Jikalau nilai semasa kenderaan anda adalah RM50,000, maka hanya RM100 sahaja bayaran tambahan yang perlu anda bayar sewaktu memperbaharui insuran kenderaan anda

Bagaimanakah cara untuk claim insuran kereta anda rosak akibat banjir?

Pertama anda perlulah mengambil gambar kerosakan yang melanda kenderaan kereta anda dengan jelas dan pastikan no plat kenderaan anda dapat dilihat.

Cara-claim-insuran-kereta-sekiranya-dilanda-banjir-3

Ini adalah sebagai bukti untuk anda tunjukkan kepada pihak syarikat insuran bahawa anda tidak menipu mereka.

Keduanya anda wajib melakukan laporan polis kerana pihak insuran akan meminta laporan polis bagi prosed tuntutan.

Yang ketiga pula anda haruslah tidak sesekali menghidupkan kenderaan anda. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kerosakan enjin kereta anda dan ianya akan dilabel sebagai kecuaian sekaligus menyukarkan proses tuntutan insuran.

Yang terakhir adalah anda perlu memanggil trak tunda untuk menunda kereta anda ke bengkel yang dilantik oleh syarikat insuran anda untuk proses pembaikian. 

Kesimpulannya, demi memudahkan anda di masa hadapan, lebih elok sekiranya kita melanggan Insuran Bencana Alam ini supaya kita lebih bersedia sekiranya berlaku bencana alam dan kenderaan kita menjadi mangsa.

PMH Admin

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *