Memilih perlindungan insurans yang terbaik untuk kenderaan adalah sangat penting. Dengan kewujudan pelbagai jenama insurans dan takaful pada hari ini, pemilik kenderaan perlu lebih bijak dan peka dalam memilih pelan yang bagus untuk kenderaan mereka. Di PMH kami juga dapat membantu bagi mengelakkan berlakunya kesalahan yang sering anda lakukakan ketika ingin perbaharui Insurans Kenderaan.
Jadi, anda sebagai pengguna perlu bijak dan pastinya ingin mendapatkan pelan insurans yang menawarkan manfaat paling menarik pada harga yang paling menguntungkan. Di sini, akan dikongsikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik kenderaan ketika membeli insurans kereta.
1) Tidak Buat Kajian/Research Dahulu
Dalam apa jua perkara, kajian atau research perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wang ringgit, keselamatan, dan manfaat anda. Sama jugalah seperti insurans, anda sebenarnya perlu buat research terlebih dahulu sebelum memilih untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat terbabit.
Anda boleh pergi ke laman media sosial syarikat tersebut dan lihat maklum balas yang diberikan oleh pengguna sebelum ini. Lihat sama ada manfaat dan harga yang ditawarkan okay atau tidak, proses tuntutan mudah atau tidak, urusan pembaharuan insurans dan roadtax ambil masa atau tidak dan lain-lain lagi.
2) Terlalu Banyak Perlindungan Atau Terkurang Perlindungan
Ini juga antara salah satu kesilapan lain yang sering dilakukan oleh segelintir daripada kita apabila membeli insurans. Ada yang terlalu bersikap berjaga-jaga sehingga terlebih pula perlindungan ketika membeli insurans, namun ada juga yang jenis tidak kisah, sehingga tidak langsung mempedulikan perlindungan tambahan lain yang sepatutnya dimiliki.
Contohnya, jika Kawasan anda merupakan Kawasan yang sering dilanda banjir tapi anda tidak mangambil Perlindungan Bencana Alam, ini akan menyebabkan anda akan menanggung masalah kewangan yang besar akibat kerosakan pada kenderaan tersebut sekiranya berpunca dari masalah banjir yang dihadapi.
3) Tidak Bandingkan Dengan Syarikat Insurans Yang Lain
Ada segelintir daripada kita yang lebih gemar auto-renew insurans atau renew insurans dengan syarikat yang sama pada setiap tahun. Sebenarnya ini adalah perkara yang merugikan. Ini kerana, setiap tahun manfaat atau harga yang ditawarkan oleh setiap syarikat insurans/takaful itu adalah berbeza. Mungkin syarikat A menawarkan manfaat tambahan yang menguntungkan atau mungkin syarikat B menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat yang anda ambil pada ketika ini.
Paling terbaik adalah, anda perlu membuat perbandingan dengan sekurang-kurangnya 3 syarikat insurans sebelum memilih mana-mana perlindungan insurans untuk kereta anda. Jika ini membuatkan anda rasa susah atau leceh untuk mendapatkan 3 sebutharga dari syarikat insurans yang berbeza, di PMH anda boleh buat perbandingan sekaligus dengan 3 jenama insurans dalam satu masa. Mudah kan? Jadi, pastikan anda buat perbandingan dulu bagi memastikan anda boleh mendapatkan pelan insurans terbaik pada harga terendah.
Secara amnya, kesilapan-kesilapan di atas mungkin banyak dilakukan oleh kita. Jadi, cuba elak daripada melakukannya lagi untuk pembaharuan insurans pada tahun ini. Ini bagi kepentingan dan keuntungan anda juga.