Mengenai Kami

Sejak 1977

Aktiviti Bisnes PMH

PMH mempunyai pasukan Pengurusan yang professional dan senantiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan bagi membantu rakan-rakan kongsi strategik dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mengenalpasti peluang bisnes dan juga pelaksanaan sesuatu bisnes. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:-

Perkhidmatan Insurans & Takaful
Perkhidmatan Korporat & Kesetiausahaan Syarikat
Pembangunan Bisnes
Perkhidmatan Perakaunan
Sejak 1977

Aktiviti Bisnes PMH

PMH mempunyai pasukan Pengurusan yang professional dan senantiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan bagi membantu rakan-rakan kongsi strategik dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mengenalpasti peluang bisnes dan juga pelaksanaan sesuatu bisnes.

Image link

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Sebagai salah sebuah Anak Syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang menawarkan perkhidmatan di Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. (PMH) mempunyai kepelbagaian dalam aktiviti Perkhidmatan dan memegang portfolio yang terdiri daripada Unit-Unit Bisnes yang strategik. PMH amat komited mewuj udkan sebuah entiti korporat berdaya maju dan berdaya saing perkongsian bijak dan membuka kepada rakan-rakan kongsi yang berpotensi di dalam mahupun di luar negara.

PMH seboleh mungkin memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan dan ianya menjadi indikator utama pasukan Pengurusan kami. PMH mempunyai pasukan Penguru san yang professional dan senantiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan bagi membantu rakan-rakan kongsi strategik dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mengenalpasti peluang bisnes dan juga pelaksanaan sesuatu bisnes.

Adalah juga menjadi hasrat saya serta seluruh warga kerja PMH untuk memenuhi keperluan para pelanggan dan kami sedaya upaya menyediakan maklumat yang lebih tepat dan terkini khususnya berkaitan aktiviti-aktiviti utama yang ditawarkan PMH. Pada masa yang sama kami juga berharap agar Portfolio PMH ini akan menjadi platform terbaik kepada semua.

Image link

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Sebagai salah sebuah Anak Syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang menawarkan perkhidmatan di Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. (PMH) mempunyai kepelbagaian dalam aktiviti Perkhidmatan dan memegang portfolio yang terdiri daripada Unit-Unit Bisnes yang strategik. PMH amat komited mewuj udkan sebuah entiti korporat berdaya maju dan berdaya saing perkongsian bijak dan membuka kepada rakan-rakan kongsi yang berpotensi di dalam mahupun di luar negara.

Moto Kami

Pelaburan Berhemah, Perkhidmatan Berkualiti

– KOMITMEN KAMI –

Visi kami...

Dengan izin-Nya, menjadi sebuah entiti korporat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam aktiviti bisnes khususnya pelaburan dan perkhidmatan.

Image link
Image link

Misi kami...

Mewujudkan sebuah entiti korporat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam bidang pelaburan dan perkhidmatan.

Mempelbagaikan peluang-peluang bisnes baru yang berpotensi.

Membentuk kumpulan entiti bisnes yang unggul, berkualiti dan berprestij.

Visi kami...

Image link

Dengan izin-Nya, menjadi sebuah entiti korporat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam aktiviti bisnes khususnya pelaburan dan perkhidmatan.

Misi kami...

Image link

Mewujudkan sebuah entiti korporat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam bidang pelaburan dan perkhidmatan.

Mempelbagaikan peluang-peluang bisnes baru yang berpotensi.

Membentuk kumpulan entiti bisnes yang unggul, berkualiti dan berprestij.

Objektif Korporat

Polisi Dibuat Dengan Betul Pada Kali Pertama
Penampilan Diri Yang Kemas
Ketepatan Waktu Temujanji
Ketepatan Maklumat Produk
Maklumbalas Pelanggan
Gaya Komunikasi Unggul
Kerahsiaan Maklumat Pelanggan
Nasihat Berhemah

Objektif Korporat

Polisi Dibuat Dengan Betul Pada Kali Pertama
Penampilan Diri Yang Kemas
Ketepatan Waktu Temujanji
Ketepatan Maklumat Produk
Maklumbalas Pelanggan
Gaya Komunikasi Unggul
Kerahsiaan Maklumat Pelanggan
Nasihat Berhemah

Lembaga Pengarah

Image link

Piagam Lembaga Pengarah

Tugas dan tanggungjawab sebagai pengerusi dan lembaga pengarah Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (PMH)

Tujuan Piagam di buat adalah untuk menggariskan Tugas Dan Tanggungjawab Pengerusi dan Lembaga Pengarah PMH secara sewajarnya.

Pengerusi dan Lembaga Pengarah Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd tertakluk kepada :-

i) Akta Syarikat 1965,(Pindaan Akta Syarikat 2016)

ii) Memorandum & Articles of Association

iii) Sebahagian Daripada Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (2017)

iv) Kod Etika Pengarah Syarikat/ Setiausaha Syarikat

v) Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 Tahun 2018

vi) Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governance (IGU) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Lantikan Keahlian Lembaga Pengarah Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd di tentukan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Menurut Artikel 62 Memorandum & Articles Of Association PMH minimum keahlian Lembaga Pengarah adalah dua (2) dan maksimum keahlian adalah tujuh (7) orang.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat diadakan pada kekerapan empat (4) kali dalam tempoh satu tahun.

Memimpin Lembaga Pengarah agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Menetapkan agenda Lembaga Pengarah dan memastikan Lembaga Pengarah menerima maklumat yang lengkap dan tepat pada masa yang sewajarnya.

Mengetuai Mesyuarat dan perbincangan Lembaga Pengarah.

Menggalakkan penyertaan aktif dan membenarkan pendapat bertentangan disuarakan dengan bebas.

Mengurus hubung kait antara Lembaga Pengarah dan Pengurusan.

Memastikan langkah – langkah wajar diambil untuk membolehkan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dan pandangan mereka dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah secara menyeluruh.

Mengetuai Lembaga Pengarah dalam menguna pakai dan membantu amalan tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat.

Mempunyai kuasa sepenuhnya dalam memberi persetujuan dan kelulusan penubuhan IGU dan pelaksanaan empat fungsi teras IGU sebagaimana yang dinyatakan dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 Tahun 2018 dan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans SPRM.

Lembaga Pengarah perlu menetapkan segala risiko dalam mana Lembaga Pengarah menjangka pihak Pengurusan untuk beroperasi dan memastikan terdapat rangka kerja pengurusan risiko yang wajar untuk mengenal pasti, menganalisa, menaksir,mengurus dan memantau risiko kewangan dan bukan kewangan yang signifikan.

Lembaga Pengarah perlu memahami risiko – risiko utama yang dihadapi oleh syarikat dan menyedari bahawa sebarang keputusan perniagaan melibatkan pengambilan risiko yang wajar.

Lembaga Pengarah memastikan terdapat rangka kerja kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang mantap.

Lembaga Pengarah hendaklah menyelia dan mentaksir prestasi Pengurusan untuk menentukan samada perniagaan diuruskan dengan baik.

Lembaga Pengarah memastikan pelan strategik syarikat menyokong pembentukan nilai jangka panjang yang merangkumi strategi mengenai ekonomi, alam sekitar dan pertimbangan sosial yang mendokong kemampanan syarikat.

Lembaga Pengarah hendaklah menyemak, mencabar dan membuat keputusan terhadap saranan dari Pihak Pengurusan dan memantau perlaksanaannya.

Lembaga Pengarah bersama Pengurusan Tertinggi Syarikat menggalakkan tadbir urus korporat yang baik yang menegaskan tingkah laku beretika, berhemat dan professional.

Lembaga Pengarah dikehendaki mengikuti perkembangan terkini mengenai tanggungjawab sebagai Pengarah serta urusan, aktiviti perniagaan dan perkembangan syarikat.

Lembaga Pengarah secara objektif menyempurnakan tugas dan tanggungjawab fidusiarinya pada setiap masa demi kepentingan syarikat.

Lembaga Pengarah perlu memastikan pihak Pengurusan Tertinggi Syarikat memiliki kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dan terdapat pengurusan penggantian yang teratur untuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan.

Lembaga Pengarah memastikan syarikat mempunyai prosidur yang membolehkan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan.

Lembaga Pengarah perlu memastikan integriti pelaporan kewangan dan bukan kewangan syarikat.

Lembaga Pengarah bertanggungjawab memberi ulasan dan meluluskan polisi strategik syarikat termasuk objektif, strategi, rancangan perniagaan dan operasi polisi yang berkaitan dengan PMH.

Lembaga Pengarah bertanggungjawab mengawal selia perlaksanaan pelan strategik PMH dari masa ke semasa.

Mempunyai kuasa sepenuhnya dalam memberi persetujuan dan kelulusan penubuhan IGU dan pelaksanaan empat fungsi teras IGU sebagaimana yang dinyatakan dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 Tahun 2018 dan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans SPRM.

Piagam Lembaga Pengarah akan dikaji secara berkala.

Lembaga Pengarah perlu membentangkan penilaian yang adil dan seimbang mengenai kedudukan kewangan, prestasi dengan memastikan bahawa kewangan dan akaun mematuhi undang – undang, peraturan dan piawaian pelaporan yang berkenaan.

Lembaga Pengarah memastikan keberkesanan Pengurusan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman untuk menguruskan risiko kewangan, kesihatan, keselamatan dan persekitaran dan pengurusan sistem maklumat.

Lembaga Pengarah dikehendaki mematuhi Kod Etika Pengarah dan Piagam Lemnbaga Pengarah sepanjang masa dilantik sebagai Lembaga Pengarah.

Lembaga Pengarah sentiasa mengamati standard Tadbir Urus Korporat yang tinggi sepanjang masa.

Lembaga Pengarah sentiasa mematuhi prinsip integriti, objektif, akauntabiliti, keterbukaan, kejujuran dan kepimpinan.

Lembaga Pengarah sentiasa bertindak dengan niat yang baik demi kepentingan syarikat.

Lembaga Pengarah tidak menyalahgunakan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan tugas untuk keuntungan peribadi atau tujuan politik atau berusaha menggunakan peluang perkhidmatan sebagai Pengarah untuk mempromosikan kepentingan peribadi mereka atau orang – orang yang berkaitan, firma, perniagaan atau organisasi lain.

Lembaga Pengarah mendokong akauntabilliti sepanjang masa. Ini termasuklah memastikan sumber syarikat dilindungi dengan sebaiknya dan syarikat melaksanakan operasinya secara ekonomi, cekap dan berkesan sepanjang masa.

Lembaga Pengarah perlu mengisyhtiharkan kepentingan peribadi, professional atau perniagaan yang mungkin bertentangan dengan tanggungjawab Pengarah.

Kelakuan individu tidak boleh mendatangkan kecurigaan berkenaan apa– apa konflik antara kedudukan mereka sebagai Lembaga Pengarah dan apa – apa kepentingan peribadi.

Lembaga Pengarah yang bertindak demikian tidak boleh memberi tanggapan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh manfaat untuk menyebelahi atau tidak menyebelahi mana – mana orang atau organisasi yang mempunyai urusan dengan syarikat.

Lembaga Pengarah tidak boleh menerima apa – apa manfaat sebagai dorongan atau ganjaran untuk mengambil apa – apa tindakan dalam kapasiti mereka sebagai Lembaga Pengarah.

Hadiah selain daripada nilai token secara amnya hendaklah ditolak.

Barisan Pengurusan

Image link

Pencapaian & Pengiktirafan di PMH

Semangat kerjasama dan usaha daripada semua pihak telah memberikan kejayaan kepada kami dan ia telah membentukkan kumpulan entiti bisnes yang unggul, berkualiti dan berprestij.

Image link
Image link
Image link
Image link
Image link

Anugerah pencapaian kami

Kami sentiasa berusaha untuk membentuk sebuah entiti korporat yang berdaya maju dan berdaya saing dalam aktiviti bisnes khususnya pelaburan dan perkhidmatan.

Ada soalan?

Bagaimana kami boleh membantu? Sila isikan informasi di bawah dan hantar kepada kami. Kami akan berusaha secepat yang mungkin untuk berhubung balik.