Pelan Insuran Kebakaran dan Penerangannya

Pelan Insuran Kebakaran dan Penerangannya

Apa itu Insuran Kebakaran?

Tahukah anda bahawa selain daripada insuran nyawa, insuran kereta atau insuran motor, terdapat satu lagi insuran yang sangat bermanfaat untuk anda iaitu pelan insuran kebakaran.

Antara kebakaran yang diliputi di dalam insuran ini adalah insuran kebakaran rumah, penghuni rumah yang tercedera dan juga kebakaran premis perniagaan anda.

Objektif utama insuran ini diadakan adalah untuk membantu pelanggan untuk melindungi diri dan juga rumah atau premis mereka sekiranya berlaku kebakaran.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insuran yang menawarkan khidmat ataupun pakej insuran kebakaran ini.

Antaranya adalah AXA, Liberty Insurance, RHB Insurance dan juga Takaful Ikhlas. Setiap syarikat ini mempunyai polisi yang berbeza, proses yang berbeza, syarat yang berbeza dah sudah tentu harga yang berbeza.

Insurans ini juga diklasifikasikan mengikut jantina, umur pemilik hartanah, status rumah, nilai rumah, jumlah pinjaman bank dan juga tempoh pembayaran semula.

Adalah disarankan kepada anda untuk bertanyakan kepada ejen insuran yang sepatutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai polisi insuran yang ditawarkan dari setiap syarikat ini.

Apakah yang ditawarkan atau yang dilindungi oleh pelan insuran kebakaran ini?

Pertamanya sudah pasti pelan ini akan melindungi pemegang polisi dari kerosakan atau kebakaran yang hanya disebabkan oleh kemalangan yang tidak sengaja sepeti kebocoran gas atau pencahayaan.

Sekiranya siasatan kebakaran dijalankan dan mendapati ada unsur penipuan, pihak syarikat insuran boleh dengan serta merta membatalkan polisi tersebut.

Keduanya, insurans ini melindungi kerugian sewa, liabiliti dan gantirugi seperti kerosakan bangunan, struktur, kandungan, jentera, peralatan, perkakas, perabot, dan banyak lagi.

Ingin diingatkan bahawa kerosakan atau pampasan hanya akan diberikan ke atas barangan yang disenaraikan atau dinyatakan di dalam polisi insuran sahaja.

Tidak semestinya pampasan akan diberikan mengikut kadar nilai semasa yang ditetapkan di dalam polisi yang telah dipersetujui.

Manakala, kebiasaannya tempoh yang diperuntukkan oleh syarikat insuran untuk memberikan wang pampasan kepada pemegang polisi adalah dari dua hingga empat minggu bergantun kepada kes.

Apakah prosedur dan juga apakah dokumen yang perlu anda sediakan bagi melakukan proses menuntut pampasan sekiranya ada berlaku kebakaran di rumah anda? 

Berikut adalah senarai barangan yang anda perlu sediakan. Lebih mudah sekiranya anda berurusan terus dengan ejen insuran anda.

1. Borang tuntutan kerosakan kebakaran perlu diisi sepenuhnya

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-1

2. Senarai terperinci kerosakan harta benda yang rosak

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-2

3. Laporan Polis

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-3

4. Laporan Pihak Bomba

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-4

5. Rekod aset dan resit pembelian

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-5

7. Rekod inventori dan bukti penerimaan

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-6

8. Laporan Pelaras Tuntutan Insurans

Pelan-Insuran-Kebakaran-dan-Penerangannya-7

Masih lagi buntu dah mahukan lebih lagi info mengenai pelan insuran kebakaran? Jangan risau kami mampu membantu anda.

Anda boleh terus layari laman sesawang rasmi kami iaitu pmh.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelan insuran ini.

Di PMH, kami menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggan kami.

Click di sini > https://pmh.com.my/hubungi-kami/#soalan

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Langganlah pelan insuran kebakaran sekarang sebelum terlambat.

PMH Admin

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *