Pengenalan Tentang Insurans Hayat

Pengenalan Tentang Insurans Hayat

Apa itu insurans hayat ?

Seringkali kita mendengar di dalam kehidupan seharian kita bahawa betapa pentingnya seseorang itu untuk melanggan insuran hayat demi kelansungan orang yang tersayang.

Namun apa itu insuran hayat sebenarnya dan bagaimana ianya berfungsi? 

Insuran hayat ataupun mudah katanya insuran yang melindungi nyawa adalah salah satu daripada jenis insuran utama di dunia selain daripada insuran am dan juga insuran perubatan dan kesihatan.

Pengenalan-Tentang-Insurans-Hayat-1

Ianya merupakan salah satu kontrak di antara pelanggan ataupun pemegang polisi insuran bersama dengan syarikat insuran di mana sekiranya orang yang telah diinsurankan tersebut meninggal dunia, syarikat insuran tersebut wajib membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan.

Kebiasaannya, wang tersebut akan diberikan kepada keluarga ataupun penama yang telah dinamakan sewaktu pemegang polisi melanggan insuran tersebut.

Selain daripada kematian, antara faktor yang menyebabkan pemegang polisi boleh meminta pembayaran daripada pihak syarikat insuran adalah sekiranya pemegang polisi dilanda sakit kritikal atau penyakit terminal. 

Pengenalan-Tentang-Insurans-Hayat-2

Namun tidak semua kematian akan diberikan pembayaran dari pihak syarikat insuran contohnya seperti kes bunuh diri, penipuan insuran, peperangan dan juga rusuhan. 

Perlu diingatkan bahawa insuran hayat dan juga insuran kesihatan adalah dua perkara yang berbeza.

Seperti yang diterangkan di atas, insuran hayat memberi sejumlah wang kepada penama insuran tersebut manakala insuran kesihatan adalah sejenis insuran yang menampung kos rawatan di hospital atau pusat rawatan yang terbabit.

Pengenalan-Tentang-Insurans-Hayat-3

Mengapa insuran hayat ini sangat penting? Pertamanya adalah kerana ia mampu untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk meneruskan kehidupan selepas pemegang polisi dilanda kematian.

Kedua, wang tersebut juga boleh digunakan untuk ahli keluarga melunaskan hutang si mati seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan lain-lain. 

Jadi tidak perlulah keluarga si pemegang polisi terbeban dengan hutang-hutang yang ditinggalkan.

Selain itu anda juga dapat mengurangkan cukai pendapatan tahunan sehinggga RM 6,000 setahun sekiranya anda melanggan insuran hayat.

Insuran hayat terbahagi kepada dua pelan iaitu Pelan Konvensional serta pelan Pelan Berkaitan Pelaburan. 

Pelan Konvensional adalah sejenis pelan perlindungan Perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja dan manfaat dibayar atas kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD).

Manakala Pelan Berkaitan Pelaburan pula menggabungkan pelan perlindungan serta pelaburan untuk pemegang polisi.

Maknanya bayaran yang anda bayar pada setiap bulan bukan hanya sekadar untuk perlindungan namun ianya juga akan dilaburkan di dalam dana khusus pilihan anda. 

Perlindungan insurans yang disediakan termasuklah manfaat sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal.

Konklusinya, sekiranya anda merancang untuk melanggan pelan insuran hayat, anda perlulah melakukan kajian yang menyeluruh supaya anda mendapat pelan insuran yang terbaik.

Andai anda berminat, PMH kini turut menyediakan insuran pakej insuran yang sesuai untuk anda dan keluarga anda dan kami akan membantu anda untuk memilih insuran yang terbaik.

PMH Admin

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *