Objektif Unit Integriti & Governans PMH
Unit Integriti & Governans PMH telah ditubuhkanpada 01 Ogos 2020 bagi memperkukuhkan kawalan dalaman bagi mencegah gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, seterusnya mewujudkan budaya perniagaan yang bersih dan sihat sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
Peranan Unit Integriti & Governans PMH
- Unit Integriti & Governans PMH ditubuhkan dengan berperanan untuk membudayakan prinsip membenci dan menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di dalam syarikat melalui empat fungsi teras iaitu :-
- Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif.
- Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan keapda dasar/ arahan/ sistem dan prosedur dalam organisasi
- Pengurusan Aduan.
- Pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salahlaku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
- Pengukuhan Integriti.
- Merancang, melaksana, menyelaras program pengukuhan integriti bagi meningkatkan amalan nilai-nilai murni, etika dan integriti organisasi.
- Pematuhan.
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan oleh organisasi berkuatkuasa.
- Tadbir Urus
Polisi Berkaitan Integriti & Governans Di PMH
- Polisi Antirasuah
- Polisi penerimaan & pemberian hadiah
- Polisi pemberi maklumat
Pengiktirafan
Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. telah menerima pengiktirafan akreditasi berdasarkan standard antarabangsa ISO iaitu:-
- MS ISO 9001:2015
- MS ISO 37001:2016
Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. juga telah menerima sijil CeIO pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer) pada 25 Oktober 2022. Program ini merupakan antara program yang disediakan oleh Akademi Pencegahan Rasuah (ASPRM) bertujuan melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah bagi organisasi awam dan swasta.
Selain itu juga Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. Telah menerima Anugerah Gangsa dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2023).
Aktiviti Integriti & Governans PMH
Unit Integriti & Governans Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. Â telah merancang, melaksana dan menyelaras pelbagai program pengukuhan integriti bagi meningkatkan amalan nilai-nilai murni, etika dan integriti organisasi.
Aduan Integriti
Salurkan maklumat atau aduan berhubung jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh warga kerja Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. ke Unit Integriti & Governans Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. Â Aduan dan identiti anda dirahsiakan dan dilindungi sepertimana di Polisi pemberi maklumat Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.