Insurans kereta adalah perkara yang penting bagi pemilik kereta. Ia bukanlah perkara yang paling disukai untuk dibelanjakan dengan wang.
Kami akan memberikan anda pemahaman yang menyeluruh tentang insurans kereta supaya apabila tiba masanya untuk pembelian atau pembaharuan polisi, anda tidak akan keliru. Ia mungkin kelihatan seperti proses yang rumit, tapi penulisan di sini adalah untuk membantu memudahkan urusan anda.
Apakah Itu Insurans Kereta?
Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang perlu dibeli oleh pemilik kereta bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian.
Secara tidak langsung, ini bermakna perlindungan insurans kereta bakal membantu meringankan beban individu khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan seperti kemalangan kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Jenis-Jenis Polisi Insurans Kereta
1) Polisi insurans komprehensif
Polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemilik kereta. Antara perlindungannya adalah :-
- Pampasan terhadap pihak ketiga
- Kerugian kenderan sendiri kerana kebakaran dan kecurian
- Kerugian kenderaan sendiri kerana kemalangan
2) Polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
Polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Selain itu, polisi ini turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.
3) Polisi insurans pihak ketiga
Insurans pihak ketiga adalah polisi perlindungan yang paling asas. Polisi ini hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga dimaksudkan dengan individu lain yang terlibat jika berlaku situasi yang tidak dijangka.
*Contoh: Anda melanggar kereta di depan anda. Jadi pemilik kereta yang anda langgar itu dinamakan sebagai ‘pihak ketiga’.
Ia termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda. Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.
Perlindungan Tambahan Untuk Perlindungan Maksimum
Berikut merupakan antara perlindungan tambahan yang biasa ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan:
- Perlindungan untuk bencana alam (peril khas)
- Perlindungan cermin kereta
- Perlindungan towing tanpa had
- Perlindungan kemalangan peribadi (PA)
Cara Untuk Membeli Insurans Kereta
- Buat kajian tentang insurans kereta dan fahami semua pilihan anda
- Pilih jenis insurans kereta yang anda perlukan
- Pilih beberapa syarikat insurans dan dapatkan sebut harga daripada mereka
- Bandingkan sebut harga dan perlindungan yang disediakan
- Pilih syarikat insurans
- Bayar premium anda
Di mana anda boleh membeli insurans kereta?
Terdapat dua cara untuk anda memperbaharui insurans kereta iaitu:
1) Renew insurans kereta melalui ejen
Jika anda lebih selesa untuk renew insurans secara offline, maka anda bolehlah renew insurans kereta anda melalui ejen atau agensi insurans yang berdekatan.
2) Renew insurans kereta secara online
Dengan teknologi yang serba canggih pada hari ini, segala-galanya sebenarnya lebih mudah apabila banyak perkara boleh dilakukan hanya di hujung jari, termasuklah untuk memperbaharui insurans kereta.
Untuk mendapatkan penjimatan berganda, Di PMH kami menyediakan dan menawarkan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans kereta yang terbaik. Semestinya Jimat, Cepat dan Mudah!. Jom ketahui lebih lanjut mengenai cara perbaharui insurans kereta di sini.
Pastikan kereta anda dilindungi
Kemalangan dan kerosakan pada kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pastikan anda tidak mengabaikan keperluan memiliki insurans kereta kerana ia bakal membantu anda di saat-saat penting kelak.
Perbaharui insurans anda dengan polisi insurans kereta yang terbaik dan bersesuaian untuk perlindungan yang sempurna.