Pemilik Perniagaan Boleh Didenda

Pemilik Perniagaan Boleh Didenda

Pemilik Perniagaan Didenda RM4,000 Kerana Menjalankan Perniagaan Selepas Tamat Tempoh Pendaftaran

Shah Alam, 30 Mei 2022: Seorang pemilik perniagaan telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) setelah mengaku bersalah menjalankan perniagaan walaupun pendaftaran perniagaannya telah tamat tempoh.

Wu Yap Long yang memiliki Xian Dong Engineering, telah menjalankan perniagaan dengan membekalkan perkhidmatan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah Lee Ho Cheong, melalui Quotation Renovation Works bertarikh 12 November 2019 walaupun sedar bahawa pendaftaran perniagaannya telah tamat tempoh pada 4 September 2017.

Berikutan itu, tertuduh telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) yang memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang menjalankan perniagaan selepas tarikh luput pendaftaran perniagaan adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

​Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 8 Shah Alam, Rasyihah Ghazali dan tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dipenjara tiga bulan. Tertuduh telah menjelaskan denda tersebut sejurus sel​epas prosiding berakhir.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Farieza Hazreen Salehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sabitan seumpama ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan perundangan akan diambil sekiranya berlaku kesalahan di bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia termasuklah kesalahan gagal memperbaharui pendaftaran perniagaan. Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

Sebarang pertanyaan berhubung Syarikat boleh menghubungi kami di

lutfi PKS

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *