Insurans Kerja Projek

Insurans Kerja Projek

Insurans Kerja Projek adalah insurans yang diperlukan untuk menguruskan risiko projek. Ini biasanya dinyatakan dalam kontrak projek dengan prinsipal projek. Risiko kepada projek pada dasarnya adalah pada kerosakan material dan perlindungan liabiliti. Pemohon insurans perlu jelas mengenai keperluan kontrak projek mengenai perlindungan liabiliti dan ganti rugi. Insurans Kerja Projek yang anda beli akan berdasarkan kejelasan dan keperluan sesuatu projek tersebut. Ejen insurans akan diberi kedudukan terbaik untuk memberi nasihat kepada anda mengenai perkara ini. Miliki Insurans Kerja Projek dengan premium yang menarik di PMH.

Antara kebiasaan perlindungan yang diambil melalui Insurans Kerja Projek ini adalah Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR) dan Insurans Pampasan Pekerja (WC)

1. Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR)

Insurans-Kerja-Projek-1

Insurans ini direka untuk menyediakan dana sekiranya berlaku peristiwa risiko ke atas kerja-kerja projek kejuruteraan awam. Ini adalah kerosakan tapak kerja, bahan projek dan jentera dan kecederaan kepada pihak ketiga. Kerosakan ini boleh disebabkan oleh risiko yang diketahui atau tidak diketahui daripada keadaan projek atau persekitaran. Penanggung insurans yang berbeza mungkin mempunyai beberapa perbezaan tertentu.

1.1 Perlindungan / Manfaat Yang Disediakan

Polisi ini meliputi:

I. Seksyen 1 – Harta Diinsuranskan (Kerosakan Bahan)

Kerugian atau kerosakan yang tidak diduga dari pelbagai akibat (selain daripada akibat

yang khusus dikecualikan) yang mengakibatkan:

a) Membaiki atau penggantian harta atau sebahagiannya; dan

b) Kos pembersihan serpihan.

II. Seksyen 2 – Liabiliti Pihak Ketiga

Jumlah yang perlu dibayar oleh anda dari segi undang-undang sebagai ganti rugi yang

berbangkit dari:

a) Kecederaan badan / penyakit (sama ada membawa maut / tidak) kepada pihak

ketiga;

b) Kehilangan atau kerosakan kepada harta yang dimiliki oleh pihak ketiga;

c) Semua kos dan perbelanjaan guaman yang diperolehi oleh mana-mana pihak yang

menuntut daripada anda; dan

d) Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan kebenaran bertulis daripada

syarikat insurans.

2. Insuran Pampasan Pekerja (WC)

Insurans-Kerja-Projek-2

Polisi ini menyediakan indemnity (ganti rugi) kepada pihak yang diinsuranskan terterhadap sebarang pampasan yang kena dibayar di bawah akta Pampasan Perkerja Malaysia untuk kecederaan peribadi yang dialami oleh kakitangan yang berpunca daripada kemalangan atau penyakit yang timbul daripada dan berlaku semasa kakitangan bertugas dengan pihak yang diinsuranskan.

2.1 Perlindungan / Manfaat Yang Disediakan

Polisi ini melindungi:

I. Pampasan, di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja Malaysia, untuk kecederaan

akibat kemalangan atau penyakit kepada pekerja anda yang berpunca daripada kerja, dan

II. Liabiliti Anda di bawah Common Law untuk kecederaan akibat kemalangan atau penyakit

kepada pekerja anda yang berpunca daripada kerja yang dilakukan.

Hubungi kami di PMH bagi mendapatkan khidmat nasihat secara teperinci serta sebutharga yang menarik mengenai perlindungan Insurans Kerja Projek yang anda inginkan.

Insurans-Kerja-Projek-3

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *