Pentingnya Insuran Motorsikal

Pentingnya Insuran Motorsikal

Kenapa Insuran Motor itu penting?

Selain daripada insuran kereta, insuran motor juga merupakan salah satu insuran yang popular di Malaysia.

Seperti insuran kereta, insuran motor turut menawarkan perlindungan kepada pemilik sekiranya berlaku kes kecurian, kemalangan ataupun kebakaran.

Pentingnya-Insuran-Motorsikal-1

Tahukah anda bahawa, menurut laporan Utusan Malaysia yang bertarikh 1 Oktober 2020, kenderaan yang paling banyak dicuri adalah motorsikal di mana sebanyak 464,446 kes kecurian telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Manakala menurut Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS), sebanyak 3,959 kemalangan yang membabitkan penunggang motorsikal.

Jadi selain daripada wajib di sisi undang-undang untuk memiliki insuran motorsikal, melalui statistik di atas juga kita oleh anggarkan betapa pentingnya insuran motorsikal ini.

Terdapat beberapa cara untuk memilih insuran motorsikal yang terbaik untuk anda.

Bandingkan Harga

Terdapat banyak syarikat insuran yang menawarkan insuran kenderaan. Antaranya adalah PMH, Alliance, Takaful, Etiqa dan banyak lagi.

Setiap syarikat insuran ini menawarkan harga yang berbeza. Ada yang murah ada juga yang sedikit mahal. Jadi anda perlu meniliti dengan baik dan yang paling penting harga yang sesuai dengan bajet anda.

Pakej yang ditawarkan

Selain daripada membandingkan harga, anda juga perlu membandingkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat insuran yang ingin anda langgan.

Pentingnya-Insuran-Motorsikal-2

Ini adalah penting kerana dari sini anda boleh tahu jenis perlindungan apakah yang anda boleh tuntut. Ingin diingatkan bahawa lebih banyak perkhidmatan yang diberikan, lebih tinggi harga insuran tersebut.

Jumlah perlindungan

Harga ataupun jumlah yang akan dilindungi oleh pihak insuran juga perlu diambil kira. Sekiranya harga yang dipersetujui adalah sehingga RM 5,000, jadi anda hanyalah boleh menuntut sehingga RM 5,000 sahaja.

Setelah anda melakukan kesemua perkara di atas, jadi anda bolehlah pilih pakej insuran mana yang terbaik untuk motorsikal anda.

Bagaimana pula cara untuk memperbaharui atau melanggan insuran ini? Terdapat dua cara iaitu secara di atas talian (online) atau di luar talian (offline).

Pentingnya-Insuran-Motorsikal-3

Pembaharuan Secara Online

Bagi di atas talian, anda boleh memperbaharui insuran anda di lawan web yang telah tersedia seperti PMH, Bjak, myeg dan banyak lagi.

Ianya mudah dan tidak mengambil masa yang lama kerana anda tidak perlu beratur di kaunter untuk melakukan pembaharuan.

Pembaharuan Secara Offline

Manakala secara offline, anda boleh pergi ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Pejabat POS Malaysia.

Pejabat Pos Malaysia kini mempunyai hampir 15 panel insuran yang berdaftar dengan mereka sekaligus membuatkan proses memperbaharui insuran lebih mudah.

Jika dulu anda perlu membawa geran kereta untuk melakukan proses pembaharuan, kini anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan juga wang untuk cas pembayaran.

Selain daripada memperbaharui insuran, kini anda juga boleh memperbaharui cukai jalan di Pejabat POS.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, dapatkan insuran motorsikal anda sekarang untuk masa hadapan yang lebih mudah.

PMH Admin

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *