5 Cara Memilih Insurans Untuk Kereta Anda

5 Cara Memilih Insurans Untuk Kereta Anda

Cara untuk memilih insuran kenderaan di Malaysia

Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat tiga jenis insurans yang utama iaitu insuran am, insuran hayat dan juga insuran perubatan dan kesihatan.

Namun untuk artikel kali ini, kita akan memfokuskan kepada insuran kenderaan yang berada di dalam kategori insuran am bersama-sama dengan insuran kebakaran dan lain-lain.

Sudah termaktub di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, bahawa sesebuah kenderaan perlu memiliki insuran tidak kira motor, kereta, lori mahupun bas.

Insuran kereta pula terbahagi kepada tiga iaitu insuran pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta yang terakhir adalah insuran komprehensif.

Namun bagaimanakah cara untuk memilih insuran kenderaan yang paling terbaik dan jenis insuran mana yang anda mahu langgan untuk kereta anda?

1) Bandingkan harga insuran kereta anda

5-Cara-Memilih-Insurans-Untuk-Kereta-Anda-1

Pertamanya apa yang perlu anda lakukan adalah menyemak berapakah harga insuran kenderaan kereta anda.

Antara cara mudah adalah anda mendapatkan sebut harga dari syarikat insurans tersebut melalui ejen atau laman sesawang mereka.

Anda hanya perlu menyediakan beberapa butiran mengenai pemilik kenderaan dan ejen atau laman sesawang tersebut akan mengira kos insuran kenderaan anda.

Bak kata pepatah, kini semuanya di hujung jari.

2) Semak nilai semasa kereta 

5-Cara-Memilih-Insurans-Untuk-Kereta-Anda-2

Keduanya adalah anda perlu semak harga nilai semasa (current value) kenderaan anda. Dari situ anda boleh mengukur berapa keupayaan kewangan anda untuk melanggan insuran sama ada premium atau tidak.

Ini sangatlah penting kerana syarikat insuran hanya akan menampung pembayaran kerosakan kenderaan anda mengikut harga semasa yang telah dipersetujui.

Sekiranya kerosakan melebihi daripada harga yang telah dipersetujui, anda perlu menanggung baki pembayaran kerosakan kenderaan anda.

3) Tentukan pakej insuran kereta anda

5-Cara-Memilih-Insurans-Untuk-Kereta-Anda-3

Setelah anda memperolehi harga insuran dan juga harga nilai semasa kereta anda, di sini anda perlu memutuskan sama ada anda ingin melanggan pakej insuran yang terbaik untuk anda.

Sama ada ianya komprehensif, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, serta pihak ketiga sahaja.

Setiap pakej ini berbeza perlindungannya dan insuran kenderaan komprehensif adalah insuran yang melindungi secara menyeluruh daripada pihak ketiga, kebakaran, kecurian dan sudah pasti kerosakan.

4) Lakukan perbandingan manfaat atau perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insuran

5-Cara-Memilih-Insurans-Untuk-Kereta-Anda-4

Selain daripada harga yang ditawarkan dan juga jenis insuran yang diberikan, anda juga perlu menyemak apakah manfaat dan perlindungan yang diberikan oleh syarikat insurans tersebut.

Ini sangatlah penting untuk anda lakukan supaya anda sebagai pelanggan mengetahui perkhidmatan apakah yang ditawarkan oleh syarikat insuran tersebut selain daripada kerosakan kereta.

Contohnya, ada sesetengah syarikat insuran yang menawarkan khidmat pembayaran perubatan sekiranya pemilik kenderaan terlibat dalam kemalangan.

Selain itu ada juga sesetengah syarikat insuran menawarkan khidmat menunda kereta dalam jarak tertentu secara percuma dan tidak mengira masa dan juga lokasi.

5) Takaful atau Konvensional

5-Cara-Memilih-Insurans-Untuk-Kereta-Anda-5

Apa perbezaan insuran takaful dan insuran konvensional? Kedua-dua insuran ini tidak banyak berbeza namun mudah bicaranya takaful mempunyai khidmat insuran yang patuh syariah berbanding konvensional.

Sama seperti perbankan islam dan juga perbankan konvensional. Polisi mereka berbeza namun tujuan mereka adalah sama iaitu memberikan bantuan kewangan sekiranya apa-apa terjadi kepada kereta anda.

Pendek kata untuk memilih insuran kereta, anda perlu meniliti setiap kelebihan dan kekurangan syarikat insuran yang anda mahukan dan pastikan juga poket anda mampu untuk melanggan insuran tersebut.

Tetapi untuk mendapatkan pakej insuran yang terbaik di Malaysia dengan cara yang lebih mudah, anda boleh terus layari https://pmh.com.my/perkhidmatan/insurans/insurans-kenderaan/

Di PMH, kami menawarkan pakej insuran kenderaan dengan harga yang berpatutan di mana terdapat beberapa panel insuran/takaful yang dilantik oleh PMH.

PMH Admin

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *