Kepentingan Perlindungan Insurans Kesihatan

Kepentingan Perlindungan Insurans Kesihatan

Masih ramai di kalangan masyarakat mengabaikan kepentingan Perlindungan Insurans Kesihatan. Walaupun mereka sedar kos kesihatan semakin hari semakin tinggi. Malah ramai juga sedar keperluan Insurans Kesihatan namun tidak meletakkannya sebagai prioriti. Ada juga menyatakan kekangan masa untu mencari Ejen menyebabkan mereka masih tidak memiliki Perlindungan Insurans Kesihatan ini.

Di zaman teknologi pada masa kini, hampir segalanya boleh dilakukan hanya di hujung jari. Di PMH kini anda boleh mendapatkan Perlindungan Insurans Kesihatan hanya melalui atas talian (online) tanpa anda perlu keluar dan bersusah payah mencari Ejen yang sah. Sekaligus dapat menjimatkan masa anda.

Jumlah Premium untuk pelan kesihatan kebiasaannya ditentukan mengikut peringkat umur, perokok dan lain-lain perkara yang berkaitan. Jika Insurans Kesihatan dibeli pada usia muda maka jumlah premium akan menjadi lebih rendah berbanding usia yang dewasa.

Tidak semua Perlindungan Insurans Kesihatan mahal, malah masih ada syarikat insurans yang menawarkan pelan komprehensif dengan harga mampu milik. Setiap individu harus bijak memilih Insurans Kesihatan mengikut keperluan manfaat yang diinginkan. Di sini PMH akan kongsikan tentang beberapa kepentingan memiliki Perlindungan Insurans Kesihatan yang perlu dipertimbangkan.

1) Perubahan Gaya Hidup

Kepentingan-Perlindungan-Insurans- Kesihatan-1

Perubahan gaya hidup boleh berubah kepada dua sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah gaya hidup yang membimbangkan. Apabila gaya hidup berubah ke arah yang membimbangkan, Perlindungan Insurans Kesihatan perlu diutamakan. Gaya hidup yang tidak sihat mendedahkan kita kepada lebih banyak masalah kesihatan. 

Cara pemakanan contohnya, di Malaysia penyakit yang amat terkenal adalah penyakit kencing manis. Tahu tak seramai 3.9 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia mengalami penyakit kencing manis?

Ini tidak termasuk lagi faktor-faktor lain seperti persekitaran tempat bekerja, faktor pencemaran dan banyak lagi. Faktor-faktor ini menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mengalami penyakit bahaya seperti kanser, buah pinggang dan penyakit jantung. 

2) Mendapat Rawatan Dengan Segera

Kepentingan-Perlindungan-Insurans- Kesihatan-2

Kita sedia maklum yang hospital kerajaan menampung ramai pesakit. Apabila ia menampung sejumlah pesakit yang ramai, waktu menunggu untuk mendapat rawatan boleh menjadi lama. Contohnya, pesakit perlu menunggu giliran untuk dibawa ke bilik bedah kerana jumlah pesakit yang ramai. 

Jika di hospital swasta, pesakit akan segera diberi rawatan tanpa perlu menunggu lama. Apabila pesakit mendapat rawatan dengan segera, peratusan sembuh juga akan menjadi lebih cepat dan terjamin.

3) Kos Perubatan Meningkat

Kepentingan-Perlindungan-Insurans- Kesihatan-3

Kebanyakkan kos perubatan kesihatan akan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Apabila pesakit memasuki hospital swasta, pesakit bukan saja perlu menanggung kos rawatan tetapi pesakit turut perlu membayar kos konsultasi dengan doktor, setiap perkhidmatan jururawat, ubat-ubatan dan segala peralatan perubatan yang digunakan. Kajian turut mempamerkan bahawa Malaysia sedang mengalami inflasi dalam rawatan kesihatan. Ia membawa maksud yang bil perubatan boleh menjadi lebih mahal daripada apa yang kita mampu.

Namun, dengan adanya Perlindungan Insurans Kesihatan ini, pesakit sudah tidak perlu terlalu risau untuk membayar kos rawatan hospital yang mahal itu. Ia secara langsung dapat meringankan beban dan pesakit tidak perlu lagi untuk menghabiskan wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun semata-semata untuk membayar kos rawatan yang perlu dibayarnya.

4) Perlindungan Yang Lebih Komprehensif

Kepentingan-Perlindungan-Insurans- Kesihatan-4

Sebagai pencarum insurans, sudah tentunya kita mahukan sebuah pelan lengkap dengan segala-galanya dan juga dengan harga yang murah. Ia menjadi satu kelebihan bagi individu yang mengambil insurans ketika usia yang masih muda. Ini kerana lebih banyak pilihan yang disediakan dan individu tersebut diberi kebebasan untuk memilih segala yang dimahukan dalam pelan mereka. Kenapa orang yang berusia muda saja yang dapat keistimewaan ini? Sebabnya apabila usia sudah meningkat, kita lebih senang diserang penyakit. Disebabkan itu, kita tidak mempunyai pilihan yang banyak dan perlu mengambil apa saja yang ditawarkan oleh pihak insurans. Kosnya juga lebih mahal berbanding dengan usia muda.

Jadi, jangan tunggu bila kecemasan terjadi, sediakan payung sebelum hujan. Dapatkan Perlindungan Insurans Kesihatan harini bersama kami. Di PMH, kami menawarkan pakej Perlindungan Insurans Kesihatan yang bersesuaian untuk anda di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik.

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *