Pentingnya Menyerah Simpan Penyata Tahunan / Seksyen 68 Akta Syarikat 2016

Pentingnya Menyerah Simpan Penyata Tahunan / Seksyen 68 Akta Syarikat 2016

Syarikat Didakwa Atas Kegagalan Menyerah Simpan Penyata Tahunan Di Bawah Akta Syarikat 2016

Kuala Lumpur, 7 Jun 2022 – Sebuah syarikat berhad menurut saham telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur pada 27 Mei 2022 di bawah Seksyen 68(9) Akta Syarikat 2016.

Kerana gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun takwim 2019 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 68(1) akta yang sama.

Berdasarkan kepada kertas pertuduhan, Syarikat Eyeball Technology Sdn. Bhd. yang diwakili oleh salah seorang pengarah, Masjumaayah Md Masudur Rahman mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Muhammad Akmal Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tindakan pendakwaan yang diambil terhadap syarikat di atas kegagalan mematuhi kehendak merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa kesalahan seperti ini dipandang serius oleh SSM. SSM tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan.

Penguatkuasaan sekiranya berlaku pelanggaran bawah peruntukan undang-undang yang dikawalselia oleh SSM demi menjaga kepentingan awam, serta memastikan maklumat yang disimpan dalam daftar SSM adalah maklumat terkini yang bukan sahaja diperlukan oleh komuniti korporat tetapi juga bagi sektor awam.

Seksyen 68 (1) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan sesebuah syarikat untuk menyerahsimpan penyata tahunan bagi setiap tahun takwim tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pemerbadannya dan kegagalan sesebuah syarikat mematuhi peruntukan tersebut akan menyebabkan syarikat tersebut didakwa di bawah Seksyen 68(9) akta yang sama.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami.

https://www.ssm.com.my/acts/aktaBM_20160915_AktaSyarikat2016Akta777.pdf

lutfi PKS

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *