Insurans perjalanan adalah insurans yang dibeli untuk melindungi pembeli ketika melancong daripada kemalangan, kerugian dan gangguan perjalanan. Biasanya, insurans perjalanan terhad kepada waktu dan tempoh perjalanan seseorang.
Namun, bagi memudahkan mereka yang sering melancong, sesetengah syarikat insurans menawarkan gabungan beberapa perlindungan yang dapat memenuhi keperluan mereka.
Setiap syarikat insurans mempunyai skop perlindungan dan manfaat yang berlainan. Ia adalah hak anda untuk memilih perlindungan yang anda mahukan.
Antara perlindungan lazim yang ditawarkan oleh syarikat insurans adalah seperti:
- Kemalangan diri
- Belanja perubatan dan yang berkaitan
- Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan
- Kehilangan bagasi, barang-baranda kepunyaan peribadi dan wang
- Kehilangan pasport
- Liabiliti diri
- Kelewatan bagasi
- Kelewatan perjalanan
- Rampasan kenderaan
- Penghantaran pulang jenazah
Perlu diketahui bahawa jika anda mengambil insurans untuk ahli keluarga, jumlah pampasan yang boleh dibayar adalah berdasarkan bahagian yang ditetapkan bagi setiap ahli keluarga. Jumlah tuntutan keseluruhan tidak boleh melebihi nilai yang diinsuranskan.
Apakah faedah mengambil polisi insurans perjalanan?
Bagi yang kurang faham mengenai perlindungan insurans, ia adalah seperti dibawah.
- Kemalangan diri: Dilindungi jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh (dalam tempoh 365 selepas tarikh kemalangan berlaku). Pembayaran pampasan adalah berdasarkan skala manfaat, berbeza mengikut syarikat insurans.
- Belanja perubatan: Perlindungan jika masuk hospital, yuran hospital atau pembedahan, yuran perubatan sakit luar dan juga elaun harian sehingga bilangan hari maksimum (jika masuk hospital lebih 24 jam).
- Hilang deposit perjalanan atau memendekkan perjalanan: Pembayaran ganti rugi belanja yang ditanggung akibat kerugian belanja perjalanan, atau ganti rugi tempat penginapan jika anda berhasrat untuk memendekkan perjalanan.
- Hilang barang peribadi atau wang: Perlindungan terhadap barangan yang dinyatakan, akibat kenderaan yang dinaiki (bas, teksi dan sebagainya).
- Hilang pasport: Pampasan akan diberi untuk belanja hotel, perjalanan dan lain-lain di negara yang dilawati, sementara menunggu pasport yang hilang siap. Laporkan kehilangan pasport dalam masa 24 jam.
- Liabiliti diri: Perlindungan liabiliti di sisi undang-undang untuk anda akan dilakukan, jika berlaku kecederaan tubuh badan pihak ketiga disebabkan anda, atau anda menyebabkan kerosakan dan kerugian harta benda pihak ketiga.
- Kelewatan bagasi: Pampasan belanja akan diberikan mengikut belanja yang anda keluarkan untuk membeli pakaian atau barang peribadi yang penting jika bagasi anda hilang untuk tempoh sekurangnya 12 jam tiba di destinasi.
- Kelewatan perjalanan: Jika berlaku kelewatan atau penundaan penerbangan lebih dari 12 jam yang diluar kawalan anda, wang pampasan akan diberikan mengikut kadar tertentu.
- Rampasan kenderaan: Jika perjalanan anda terganggu lebih daripada 12 jam disebabkan kejadian rampasan kenderaan, syarikat insurans akan membayar secara harian kepada bilangan hari maksimum.
- Â Penghantaran jenazah: Pembayaran gantian kepada wakil sah bagi pihak yang diinsuranskan untuk membawa pulang jenazah akan diberikan jika berlaku kematian.