Perlindungan Individu vs Perlindungan Berkumpulan

Perlindungan Individu vs Perlindungan Berkumpulan

Sebagai seorang pekerja, manfaat yang boleh didapati dari syarikat tempat bekerja ialah anda mungkin layak mendapat perlindungan perubatan dan mendapat kad perubatan yang boleh digunakan apabila anda jatuh sakit.

Perlindungan-Individu-vs-Perlindungan-Berkumpulan-1

Terdapat dua jenis perlindungan perubatan iaitu:

  • Pendapatan Hospital: Memberi sejumlah wang jika dimasukkan ke hospital.
  • Pelan perubatan/ Kad: Kos hospitalisasi dan pembedahan.
Perlindungan-Individu-vs-Perlindungan-Berkumpulan-2

PERSAMAAN PERLINDUNGAN INDIVIDU VS BERKUMPULAN

  • Pelan perubatan sama ada individu atau secara berkumpulan akan melindungi seseorang pesakit dengan meliputi kos rawatan yang ditanggung sekiranya mengalami kemalangan, menjalani pembedahan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
  • Sesetengah pelan perubatan menyediakan perlindungan takaful jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, Ahli keluarga atau tanggungan akan menerima sejumlah bayaran dari majikan itu sendiri.
Perlindungan-Individu-vs-Perlindungan-Berkumpulan-3

PERBEZAAN PERLINDUNGAN INDIVIDU VS BERKUMPULAN

  • Had seumur hidup: Berapa jumlah maksimum yang boleh dituntut untuk seumur hidup?
  • Kadar bilik dan penginapan harian: Jenis bilik yang akan anda dapat berdasarkan pelan yang dicarum.
  • Had tahunan: Jumlah yang akan dibayar oleh pembekal insurans untuk pelan insurans perubatan dalam masa setahun.
Perlindungan-Individu-vs-Perlindungan-Berkumpulan-4

Secara amnya, pelan individu mempunyai had tahunan yang lebih tinggi berbanding pelan berkumpulan. Pelan ini bergantung kepada tahap keadaan perubatan, pilihan rawatan dan keperluan pembedahan.

Kebaikan mendapatkan pelan perubatan takaful peribadi adalah:

  • Individu layak untuk mendapatkan pengecualian cukai sehingga RM3,000 pada setiap tahun untuk caruman yang dibayar.
  • Melindungi diri dari kenaikan kos rawatan perubatan.
Perlindungan-Individu-vs-Perlindungan-Berkumpulan-5

Jadi, tiada salah satu pelan yang lebih bagus kerana kedua-dua pelan ini iaitu perubatan individu dan berkumpulan berfungsi secara sama. Semua individu sebaiknya mencarum sedikit wang ringgit untuk kegunaan insurans perubatan bagi kegunaan pada masa hadapan.

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *