Tips Penjagaan Pemakanan Ketika Menghadiri Rumah Terbuka

Tips Penjagaan Pemakanan Ketika Menghadiri Rumah Terbuka

Jamuan hari raya kebiasaannya diadakan bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri atau Aidiladha. Semasa jamuan, kita ‘dimeriahkan’ dengan pelbagai jenis masakan yang enak termasuk pelbagai jenis nasi atau mi, kuih muih, pembuka selera, lauk-pauk, minuman dan pencuci mulut. Ini mendorong kita untuk makan dengan berlebihan berbanding dengan keperluan kalori yang telah disarankan.

Jadi, terdapat beberapa tips untuk memilih makanan secara sihat semasa menghadiri rumah terbuka.

Tips-Penjagaan-Pemakanan-Ketika-Menghadiri-Rumah-Terbuka-1
  • Pilih makanan dalam saiz hidangan yang kecil: Makan hidangan dengan saiz yang kecil bagi membolehkan anda menikmati pelbagai jenis makanan yang dihidangkan.
  • Minum air kosong berbanding minuman manis seperti minuman berkarbonat.
  • Makan di rumah terlebih dahulu sebagai alas perut sebelum menghadiri rumah terbuka.
  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti kuih muih dan kek berkrim.
Tips-Penjagaan-Pemakanan-Ketika-Menghadiri-Rumah-Terbuka-2
  • Makanan berminyak dan bergoreng: kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau berminyak, manis dan tinggi garam.
Tips-Penjagaan-Pemakanan-Ketika-Menghadiri-Rumah-Terbuka-3

Tips yang diberikan bukan untuk melarang anda menghadiri rumah terbuka sebaliknya supaya anda berjaga-jaga Ketika menghadiri rumah terbuka. Majlis rumah terbuka ini adalah salah satu medium untuk beramah mesra dengan tuan rumah dan jiran kejiranan.

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *