Ini Yang Perlu Anda Buat Apabila Berlaku Kemalangan Kenderaan

Ini Yang Perlu Anda Buat Apabila Berlaku Kemalangan Kenderaan

Apabila berlaku kemalangan di jalan raya (untuk kes yang melibatkan kerosakan kereta sahaja dan tiada sebarang kecederaan fizikal), berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil dalam membuat laporan polis dan tuntutan (claim) insurans:

Ini-Yang-Perlu-Anda-Buat-Apabila-Berlaku-Kemalangan-Kenderaan-1
  • Sebaik sahaja kemalangan berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan dan pastikan kenderaan anda tidak menghalang lalu lintas (jika boleh dialihkan).
  • Keluar dari kenderaan serta periksa kerosakan kenderaan anda dan ambil maklumat pihak yang melanggar atau kenderaan yang anda langgar. Minta kebenaran untuk snap gambar ic mereka. Sekiranya mereka enggan untuk memberikan kerjasama, nyatakan kepada mereka di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan maklumat pihak yang melanggar.
  • Sila ambil gambar, nombor plat dan roadtax kenderaan yang melanggar @ dilanggar.
Ini-Yang-Perlu-Anda-Buat-Apabila-Berlaku-Kemalangan-Kenderaan-2
  • Sekiranya kenderaan anda masih boleh dipandu, segera ke balai polis trafik yang berhampiran untuk membuat laporan polis.  Jika tidak, hubungi hotline syarikat insurans bagi mendapatkan bantuan.
  • Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis anda, siasatan awal bagi kes kemalangan jalan raya tersebut akan dijalankan. Pegawai Penyiasat (IO) kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan. Kemudian mereka akan menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran balai yang menerima repot.
Ini-Yang-Perlu-Anda-Buat-Apabila-Berlaku-Kemalangan-Kenderaan-3
  • IO akan mengeluarkan keputusan kes dalam tempoh 15 hari selepas kemalangan. Salinan report akan diberikan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.
  • Selepas keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan dikeluarkan oleh pihak polis, anda boleh datang semula ke balai polis tersebut untuk membeli salinan keputusan kes tersebut bagi kegunaan tuntutan insurans untuk kos membaiki kerosakan kereta anda.
  • Tuntutan kerosakan kereta kepada pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat segera. Sekiranya ada berlengah dalam membuat tuntutan insurans, anda perlu membuat surat kepada pihak insurans untuk memaklumkan sebab kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.
  • Hantar kereta anda untuk dibaiki di service centre atau bengkel (panel).  Pastikan kerosakan kereta anda dibaiki dengan sempurna dan segala alat ganti digantikan dengan yang asli.
Ini-Yang-Perlu-Anda-Buat-Apabila-Berlaku-Kemalangan-Kenderaan-4
  • Apabila anda menghantar kereta anda di Service Centre, pihak Service Centre lazimnya akan membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.  Kemudiannya, pihak insurans kereta anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar anda.  Jangan risau, NCD insurans kereta anda akan kekal.
  • Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk menuntut Loss of Use daripada pihak insurans. Ia bertujuan untuk memberi wang pampasan bagi kos pengangkutan yang telah dibayar.
  • Setelah kereta anda siap dibaiki oleh pihak Service Centre, anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak Service Centre yang anda ingin membuat tuntutan untuk Loss of Use. Mereka akan menyediakan laporan lengkap beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda. Laporan dan dokumen ini akan mengambil masa selama 3-5 hari bekerja setelah kereta anda siap dibaiki.
  • Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses.  Dapatkan details officer in charge untuk tuntutan Loss of Use anda dan buat follow up dari semasa ke semasa.
Ini-Yang-Perlu-Anda-Buat-Apabila-Berlaku-Kemalangan-Kenderaan-5

Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan Loss of Use anda sebelum membuat pembayaran kepada anda.

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *