Contenstable Period

Contenstable Period
Contestable-Period-1

Apa itu CONTESTABLE PERIOD secara terperinci? Jom saya share tentang contestable period yang perlu di ambil tahu oleh kesemua pemegang polisi takaful. Mana-mana polisi takaful akan ada contestable period. Sebab dah termaktub dalam Laws of Malaysia, Act 758, Financial Services Act 2013.

Contestable period ini adalah tempoh yang membenarkan syarikat Insurance atau takaful untuk melakukan penyiasatan lanjut ke atas claim atau tuntutan yang di buat oleh peserta takaful dalam tempoh kurang dari 2 tahun dari tarikh polisi berkuat kuasa. Sekiranya anda bertangguh untuk apply pelan takaful, anda telah bazirkan tempoh contestable period. Sebab tu ejen sarankan untuk  APPLY AWAL. Sebab tidak mahu bazirkan period tersebut.

Contestable-period-2

Antara penyakit yang biasa ditolak dan perlu siasatan tarikh sakit yang sebenar-benarnya ialah Masalah Jantung, Diabetis, Hypertension, Cyst & sewaktu dengannya, ENT (ear, nose, throat) dan lain-lain penyakit yang ada tempoh perkembangan sebelum jadi sakit tersebut BURST.

Selama mana contestable period ini? Ianya SELAMA TEMPOH 2 TAHUN. Maksudnya sebarang polisi takaful bawah 2 tahun, bila kita issue claim, syarikat ada hak untuk investigate kalau claim yang dibuat tu ade keraguan. Contohnya seperti client dah pun setahun usia polisi dia, tetapi ade ketumbuhan sebesar bola takraw dan beliau hendak melakukan operation, pihak takaful mempunyai hak untuk hold payment tersebut.Seterusnya, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu dalam isu ini bagi memastikan sama ada client ni sudah pernah ada sakit tersebut sebelum dia ambil polisi atau sesudah dia ambil polisi. Justeru itu, setelah selesai siasatan dijalankan barulah syarikat akan menententukan ianya akan dicover atau tidak.

Contestable-Period-3

Mengapa siasatan perlu dilakukan? Hal ini kerana, di dalam clause takaful atau insurans, semua client yang hendak masuk takaful perlu declare status kesihatan terkini mereka. Syarikat takaful nak tahu sama ada client tersebut sudah mempunyai sakit ketumbuhan itu sebelum dia menjadi peserta takaful. Siasatan tersebut bagi memastikan duit claim yang bakal diberi akan disalurkan kepada yang sepatutnya layak.

Oleh itu, dalam situasi ini, claim client akan bertukar menjadi PAID & CLAIM. Hal ini bermaksud, client perlu buat bayar dahulu total treatment cost, kemudian apabila siasatan selesai dilakuan, dan jika keputusannya terbukti yang client dapat sakit selepas jadi peserta takaful, maka semua duit yang sudah dibayar akan dipulangkan semula. Dan begitulah sebaliknya, kalau didapati peserta takaful itu dah sakit baru mohon dan tak pernah declare tahap kesihatan atau sejarah kesihatannya maka pastinya tuntutan claim tersebut akan ditolak oleh syarikat.

Fahami tempoh menunggu dan tempoh boleh pertikai ini betul-betul supaya jadi seorang yang celik takaful dan bersedia sebarang situasi. Hubungi kami di PMH bagi mendapatkan khidmat nasihat secara teperinci serta sebutharga yang menarik mengenai perlindungan Insurans Kesihatan yang anda inginkan.

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *