Tips Penyediaan Kenderaan Sebelum Pulang Beraya

Tips Penyediaan Kenderaan Sebelum Pulang Beraya

Musim perayaan adalah salah satu musim yang sangat sibuk bagi rakyat Malaysia apabila rata-rata rakyat akan pulang ke kampung. Hal ini menyebabkan peningkatan kes kemalangan jalan raya kerana peningkatan trafik yang sangat tinggi. Namun, sebelum memulakan pemanduan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu.

Terdapat beberapa tips penyediaan kenderaan sebelum pulang beraya.

Tips-Penyediaan-Kenderaan-Sebelum-Pulang-Beraya-1

Antara tips penyediaan kenderaan adalah:

  1. Periksa tayar kenderaan: Pastikan keadaan tayar dalam keadaan baik dengan memeriksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  2. Brek: Periksa sama ada terdapat kebocoran bendalir brek yang meleleh di permukaan cakera brek. Lihat keadaan bendalir brek di dalam ruang enjin.
  3. Bateri: Lakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan bateri. Pastikan sambungan bateri di terminalnya bersih dari sebarang bendasing dan voltan bateri mencukupi.
  4. Cecair radiator: Pantau tahap cecair radiator kenderaan. Periksa tahap air radiator sebulan sekali bagi kenderaan yang lama.
  5. Minyak enjin kenderaan: Minyak enjin kenderaan hendaklah ditukar setiap 5,000 hingga 10,000 kilometer. Ianya bergantung kepada jenis kenderaan dan minyak yang digunakan.
  6. Lampu kereta dan signal: Pastikan semua lampu kereta berfungsi dan menyala dengan baik. Kesan sekiranya ada kerosakan pada lampu kereta sama ada lampu depan, lampu belakang atau lampu brek.
Tips-Penyediaan-Kenderaan-Sebelum-Pulang-Beraya-2

Sebaik sahaja anda telah memastikan kenderaan anda selamat, tiba masanya untuk menikmati perjalanan anda dengan tenang. Keselamatan di jalan raya adalah keutamaan. Memandu kenderaan yang selamat dan serba lengkap akan membantu anda menjalani perjalanan jalan raya yang lebih selamat dan menyeronokkan.

Tips-Penyediaan-Kenderaan-Sebelum-Pulang-Beraya-3

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *