Tips Penjagaan Rumah Kediaman Ketika Pulang Ke Kampung

Tips Penjagaan Rumah Kediaman Ketika Pulang Ke Kampung

Malaysia berkongsi pelbagai budaya. Paling tak sabar ketika musim perayaan Aidilfitri kerana semua rakyat akan mendapat cuti yang panjang. Sama ada anda beraya di kota atau jauh di kampung, jangan terlalu leka dan pastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan terjamin. Terdapat beberapa tips yang mungkin berguna buat anda ketika musim perayaan nanti.

Tips-Penjagaan-Rumah-Kediaman-Ketika-Pulang-Ke-Kampung-1

Antara tips penjagaan rumah adalah:

  • Tutup suis utama: Ia adalah sejenis kotak besar yang melekat di dinding rumah anda, kebiasaannya berdekatan dengan pintu utama. Pastikan alat-alat elektrik yang penting sahaja dibiarkan berfungsi terutamanya alat-alat yang melibatkan suhu tinggi seperti penapis air.
Tips-Penjagaan-Rumah-Kediaman-Ketika-Pulang-Ke-Kampung-2
  • Beramah mesra bersama jiran: Jika hubungan sesama jiran baik, pastikan anda meminta bantuan mereka untuk memantau rumah anda semasa cuti panjang. Maklumkan kepada jiran bahawa anda tiada di rumah. Minta pertolongan mereka untuk menyalakan lampu rumah anda di waktu malam, memberi makanan kepada binatang peliharaan dan sebagainya.
Tips-Penjagaan-Rumah-Kediaman-Ketika-Pulang-Ke-Kampung-3
  • Maklumkan kepada polis apabila tiada di rumah: Bila tiba musim perayaan, ini adalah perkara yang sering diingatkan. Lapor kepada balai polis berdekatan dan beritahu bila anda sekeluarga tiada di rumah ketika bercuti panjang. Rondaan polis akan lebih kerap dilakukan di musim perayaan.
  • Hantar haiwan peliharaan ke tempat penjagaan: Jika berkemampuan, hantar haiwan peliharaan ke tempat penjagaan yang selesa seperti hotel haiwan. Perkhidmatan professional untuk haiwan peliharaan seumpama ini agak mudah didapati sekarang.
  • Pastikan pintu rumah berkunci: Pintu dan tingkap adalah antara pilihan pertama untuk penjenayah yang cuba memecah masuk ke rumah anda. Pastikan tingkap di setiap bahagian rumah anda diselak dan dikunci rapat. Jika tidak, ia mudah diumpil penjenayah.
Tips-Penjagaan-Rumah-Kediaman-Ketika-Pulang-Ke-Kampung-4

Jadi, pastikan semua perkara-perkara dan tips yang telah dikongsikan dipraktikkan. Walaupun bukan semua, setidak-tidaknya anda mengambil sedikit sebanyak langkah keselamatan.

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *