Inflasi Perubatan Faktor Kepada Kenaikan Harga Kad Perubatan

Inflasi Perubatan Faktor Kepada Kenaikan Harga Kad Perubatan

Mari kita menyingkap isu atau persoalan mengapa berlaku perubahan dan peningkatan harga pada pelan kad perubatan individu. Bagaimana faktor-faktor ini boleh mempengaruhi harga bayaran bulanan sedangkan tiada tuntutan dibuat. Ayuh kita selami isu yang menjadi soalan utama sebelum anda mengambil polisi kad perubatan.

“Kalau saya ambil medical card hari ini, adakah harganya kekal sama untuk 20 tahun akan datang?”

Caruman takaful terutamanya bagi medical card akan KEKAL harganya sepanjang masa adalah tidak betul.

Inflasi-Perubatan-Faktor-Kepada-Kenaikan-Harga-Kad-Perubatan-1

Jadi kenapa berlaku kenaikan caruman / sumbangan pada medical card anda?

Ini antara yang akan terjadi apabila pelan perlindungan yang anda ambil datang bersama dengan medical card.

Inflasi Perubatan di Malaysia

Sama seperti negara lain, kos perkhidmatan perubatan di Malaysia telah meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada inflasi umum. Berdasarkan laporan terkini daripada The Malaysian Reserve:

“According to Aon’s 2022 Global Medical Trend Rates report, the current medical inflation rate in Malaysia is 12%, which is six times higher than the annual general inflation rate”.

Jadi menurut kajian tersebut, kadar inflasi perubatan di Malaysia adalah 12% pada tahun 2022.

Bila ramai orang mempunyai medical card, kekerapan claim yang akan berlaku adalah tinggi, maka ia akan menyebabkan tabung tabarru’ itu menjadi susut dengan mendadak.

Pada syarikat takaful pula mereka tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan caruman sama ada anda pernah claim atau pun tidak bagi mengawal risiko.

Maksudnya, harga caruman bulanan naik sebab berlaku perubahan pada tabarru’ (sumbangan) – tabung dana menyusut disebabkan kos perubatan semakin tinggi.

Inflasi-Perubatan-Faktor-Kepada-Kenaikan-Harga-Kad-Perubatan-2

Kos perubatan di hospital meningkat

Teknologi perubatan kini semakin canggih serta pembelian alatan dan ubatan import meningkatkan lagi kos rawatan ditambah dengan kadar ringgit yang rendah.

Peningkatan penyakit dalam kalangan pelanggan dengan gaya hidup yang kurang sihat, stress dan diet pemakanan tidak sihat menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatan kesihatan.

Jangka hayat pelanggan juga semakin panjang akan menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang semakin panjang juga diperlukan.

Oleh yang demikian, pihak syarikat terpaksa menyemak kadar sumbangan baru bagi menyesuaikan dengan nilai tuntutan semasa agar Tabung Tabarru dapat bertahan untuk membayar tuntutan perubatan semasa dan akan datang.

Syarikat faham pelanggan akan tertanya kenapa mereka terlibat dengan kenaikan ini sedangkan tidak pernah membuat tuntutan. Persoalan itu tidak salah kalau ikut logiknya, tetapi harus difahami kita menyertai Pelan Takaful adalah berkongsi risiko untung rugi secara bersama dengan konsep tolong-menolong.

Inflasi-Perubatan-Faktor-Kepada-Kenaikan-Harga-Kad-Perubatan-3

syazwan PIT

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *